Teks & Foto: Nazzim
Percaya atau tidak spesis ikan air tawar seperti patin, tongsan dan pacu menyambar jig besi? itulah yang menjadi persoalan dalam diri saya sebelum sampai ke kolam memancing air tawar Sri Kantan yang terletak di Tronoh Perak ini dan lebih terkenal dengan nama kolam Doreamon. Pemilik kolam pancing ini iaitu Pali mengamalkan konsep timbang hasil tangkapan jika pengunjung kolam ingin membawa pulang atau tangkap dan lepas hasil tangkapan.
Pelbagai spesis ikan air tawar dimasukkan dikolam ini antaranya ialah ikan patin, cho praya, tongsan, pacu, karak dan banyak lagi.Terdapat dua buah kolam untuk pemancing disini. Kolam yang di letakkan
ikan pacu sahaja dan kolam campuran ikan air tawar. Pesan Pali, Jika nak lebih
mencabar di nasihatkan memancing di kolam paling besar kerana saiz ikan
yang mendiami pun saiz bagak.
|
Assist hook yang di tambah bulu hijau |
Pengalaman pertama saya casting jig di kolam ini di bantu oleh rakan saya Sham yang selalu bertandang kesini banyak membantu matlamat saya untuk menjerat penghuni dasar di kolam ini. Teknik dan jig pilihan yang dipraktikkan disini mestilah betul. Ini kerana ikan di sini sudah pandai memilih jig besi. Jig pilihan seberat 7g hingga 20g beserta assist hook berbulu hijau sangat efektif disini. Apabila jig sampai ke dasar, kurauan secara jerk and stop secara perlahan membuatkan ikan di dalam kolam ini geram dengan aksi jig besi anda. Padanan set casting yang saya gunakan ialah rod 10-20lb, main line 15lb, leader florocarbon 20lb. Sudah cukup untuk menahan asakan ikan seberat 10 kilo kebawah.
Saya membuat lontaran pertama jauh ke tengah kolam. Belum sempat jig sampai kedasar saya telah mendapat sambaran dan larian yang amat padu, padanan reel calcutta conquest saya tidak henti-henti memuntahkan tali. Hampir 15 minit pertarungan, seekor ikan patin seberat 6kilo berjaya didaratkan dengan selamat. Sakit segala sendi badan menandakan saya memerlukan rehat untuk pusingan kedua pertarungan.
Semasa masing-masing sedang sibuk bergasak dengan ikan, rakan kami Abun berjaya membawa naik ikan siamese carp di anggarkan 10 kilo dengan teknik casting jig. Ikan ini terkenal di thailand dengan saiz yang boleh mencapai sehingga 100kilo ada di kolam ini. Kawasan kolam yang agak luas memberi keselesaan kepada pemancing untuk berlawan dengan ikan daripada tali terbelit dengan pemancing yang lain.
Setelah setengah hari memancing disini, dapatlah penulis simpulkan bahawa kolam ini sememangnya wajar dicuba oleh pemancing seluruh Malaysia. Biarpun hanya berkonsepkan catch & release dan mencari lauk, namun ikan di sini pasti mampu memberikan tentangan ke tahap maksima dan menceriakan hari-hari anda yang sentiasa stress dengan bebanan kerja di pejabat. Bagi saya, kolam ini juga amat sesuai untuk sesi ujian lapangan rod atau reel daripada jenama dalam dan luar negara kerana tarikan ikan di sini memang steroid!.
|
Siamese carp! Trofi buat pemancing disini. |
|
Memang menguji daya ketahanan menahan asakan ikan. |
|
Saya bersama patin anggaran 6kg |
|
Sham guide kami ke sini menahan asakan ikan patin yang terkenal dengan daya juang yang tinggi |
|
Ikan patin anggaran 5kg |
|
Rod Faizul melentok habis |
|
Patin remaja disini |
|
Pachai tidak dapat menahan asakan monster kolam |
|
Baru sahaja jig mencecah air, dah strike. |
|
jangan tak percaya ikan tongsan pun membaham jig. |
|
Solid Hooked up! |
|
Pacu rempit amat gemar softplastick disini. |
|
Triple strike! |
|
Bob Tersenyum lebar dengan hasil ikan patin. |
|
Saya mendapat strike ikan ketutu menggunakan jig senses candy saury 7g. |
|
Kawasan kolam pancing yang luas dan selesa |
|
Keli pun baham jig? memang betul-betul lapar ikan disini |
|
Pak Tam bersama trofi patin beliau |
|
Jackport kolam bagi pemancing bottom |
|
Perjalanan jauh daripada Kuala Lumpur sangat bermakna bagi kami semua kerana puas melayan tarikan monster air tawar di kolam ini. Terima kasih juga kami ucapkan kepada pemilik kolam Pali kerana memberi kesempatan kepada kami memancing disini tidak lupa kepada Kampar Caster Club bersusah payah menjadi guide kami dikolam ini. Kami pasti akan datang lagi. |
Comments