Light Jigging Mania


Teks & Photo by: Melvyn Chan


Joran: Major Craft Crostage PE0.6-1.5
Kekili: Daiwa Certate 2500

 

Light Jigging kini sudah menjadi trend yang popular di kalangan pemancing di Malaysia kerana ia senang untuk dimainkan dan sesuai di praktikkan. Setup yang diperlukan hanyalah set yang ringan. Jigging sepanjang hari tangan pun tak letih. Light Jigging kategori yang sesuai adalah jig 20gram – 60gram.

Joran

Terdapat banyak joran dan jenama yang mengeluarkan joran untuk Light Jigging di pasaran ketika ini. terpulang pada cita rasa dan bajet masing-masing. Setiap kaki pancing pasti ada jenama joran ataupun kekili yang digemari.

Antara Jenama yang paling saya gemari ialah Major Craft. Major Craft adalah jenama dari Jepun dan semua jorannya dibuat dari kilang sendiri yang terletak di Vietnam. Harga jorannya juga berpatutan, berkualiti dan yang penting sekali jorannya mempunyai tulang belakang yang kuat.

Jenama Major Craft terdapat model Solpara, Crostage dan Giant Killing untuk air masin. Jorannya terdiri daripada spec PE0.6-1.2, PE0.6-1.5, PE0.8-2.0, PE1-3, PE1.5-3, PE1.5-4, PE2-4. Light Jigging kami memilih joran PE0.6-1.5 daripada model Crostage dan Giant Killing. Harga joran Major Craft juga amatlah berpatutan

Kekili

Untuk teknik light jingging, kekili spinning amatlah sesuai digunakan. Model 2000-3000 jenama Shimano antara yang mudah untuk dipilih. Namun masih terdapat banyak model dengan harga yang berbeza dan ini mengikut kehendak masing-masing dan bajet sendiri. Untuk trip ini kami menggunakan kekili spinning Shimano Twinpower C3000, Daiwa Certate 2500, Daiwa Exceler 1500 dan Shimano Sienna 2500.

Tali

Bagaimana memilih tali. Teknik light jigging sebenarnya tidak memerlukan tali braided yang kasar seperti 30lb atau 40lb. Penggunaan tali yang lebih kecil diameter lebih sesuai kerana ia lebih sensitif dan tidak dibawa oleh arus. Contohnya, jika di perairan yang memerlukan penggunaan jig berat (50 g dan ke atas), bolehlah menggunakan tali braided 30lb. Manakala di lokasi yang memerlukan kita menggunakan jig ringan sekitar 20g dan ke bawah, cukuplah hanya menggunakan tali 15lb

Majoriti untuk penggunaan tali untuk light jigging adalah dari 10lb semaksimum 20lb sahaja. Bahkan, ada juga kaki pancing yang berani menggunakan tali di bawah 10lb.

Kebanyakan pemancing baru mungkin tersilap apabila memilih tali braided 30lb-40lb dengan alasan tidak senang putus apabila tali bergeser dengan karang atau batu semasa kita bertarung dengan ikan, kalau pakai 50-60lb tali pun putus juga. Jika kita menggunakan tali braided lebih kasar, sebenarnya tali akan lebih senang dibawa arus dan ini memaksa kita untuk menggunakan jig yang lebih berat, walhal di lokasi tersebut, jig yang efektif adalah bersaiz kecil.

 Teknik jigging

Setiap pemancing teknik jiggingnya adalah berbeza dari segi karauan laju atau lambat, henjutan pendek atau panjang dan akan memainkan aksi jig yang berlainan. Tidak ada cara yang betul atau salah dari teknik jigging selagi cara yang dipraktikkan boleh mendapatkan ikan.


Memang teknik teras jigging diajar dengan satu karauan satu henjutan. Tetapi ia boleh dimainkan dengan cara cepat, sederhana, perlahan atau berhenti dalam beberapa saat. Kita kena tahu juga serba sedikit cara pemakanan ikan.

Spesies yang lariannya laju seperti GT, tenggiri, yu, wahoo ia lebih suka mengejar mangsanya dengan cepat. Jenahak, kerapu, merah lebih suka menerkam mangsanya dengan cara yang perlahan.  Manakala pencarian spesies kegemaran saya, iaitu ebek menggunakan teknik karau, henjut dan berhenti beberapa saat sebelum memulakan langkah berkenaan berulang kali.

Jig

Jig adalah komponen utama dalam permainan jigging. Terdapat pelbagai jenama, warna, berat, bentuk dan rupa jig di pasaran sekarang ini. Sama juga dengan pemilihan rod atau jig bergantung kepada kuasa beli anda. Terdapat jig mahal, sederhana dan juga ekonomi. Namun bagi saya, lebih gemar memilih menggunakan jig dari jenama Ima.

Selepas beberapa kali turun trip dan mencuba pelbagai jenis jig, saya merasakan jig yang berasal dari Jepun ini memang berkesan dan telah terbukti menjerat pelbagai spesies. Jig Ima Gun terdapat dalam pelbagai saiz dari 7g hinggalah 60g. Harganya pula masih dianggap ekonomi iaitu dalam lingkungan RM21.00-RM32.00.

Tip

Jigging adalah satu kaedah yang memang digemari oleh ramai pemancing. Sebagai seorang jigger, kita patut lebih sensitif dan selalu mencuba teknik jigging yang berlainan jika ikan enggan menyamar jig kita dan juga perlu menukar jig lebih berat atau ringan mengikut lubuk dan arus.

Bagi mereka yang inginkan kelainan, cubalah praktik kaedah light jigging. Pasti akan akan merasai ‘karan’ dan teruja apabila berjaya memperoleh ikan menggunakan kaedah ini. Selamat mencuba!



Saya dengan teknik jig and pause (karau, henjut dan berhenti beberapa saat).

 
ikan ebek juga digelar sebagai ikan gitar?
Joran: Major Craft Crostage PE0.6-1.5
Kekili: Daiwa Certate 2500


Ebek berjaya dinaikkan menggunakan ima gun jig 20g




 



Mangsa yang diperdaya dengan ima gun jig.



.




Comments

Kumbanglilin said…
Boleh saya tanya pandangan sikit.. Antara certate dan twin power ..jika d beri pilihan mana satu yang sedap
anglersmedia said…
bagi saya ikut minat masing2 daiwa certate drag dia kuat tapi bila strike ikan drag dia ada abs system dan akan tersangkut2 manakala shimano terkenal dengan system drag yg smooth bila strike. bagi saya shimano ialah pilihan saya sebab ia menguji kecekapan pemancing itu sendiri dalam mengawal ikan ... baru dramatik fight ngan ikan huhu