Kerapu Naga!! Kolam LS Pulau Carey


Review Kolam LS Pulau Carey Banting
Pangilan telefon daripada rakan kami untuk ke kolam LS Pulau Carey ini tidak saya lepaskan kerana lokasi kolam yang terletak di kawasan Lembah Klang ini masih lagi menyimpan khazanah yang tak ternilai iaitu ikan kerapu naga bersaiz 20 hingga 100kg. Dalam fikiran saya betulke ada lg ikan bersaiz 100kg !. Teknik pancingan yang dibenarkan disini ialah teknik mengunakan pelampung dan umpan ikan segar. Ikan Tongkol akan disediakan oleh guide-guide yang berpengalaman. 

Bayaran Masuk sebanyak Rm150 untuk 3jam dikenakan dan jika memancing secara berkumpulan, ada diskaun harga yang akan diberkan. Setting untuk melayan ikan kerapu naga ini mestilah bersaiz besar. Tali berkekuatan 50 - 100 lb dan perambut 150lb dipertaruhkan untuk mengelakan kekalah dengan pihak lawan.

Saya menggunakan set yang ditaja oleh pihak pure fishing iaitu Abu Garcia LPBC Salty Stage dan rod berkekuatan pe 4 .


Kerapu naga bersaiz 30kg , memang ketar lutut dibuatnya.

Pemandangan di sekitar kolam ini amat mendamaikan.

Bersama sama pemancing daripada D7L


Di kolam ini , penggunaan perambut di sediakan oleh pihak kolam

set yang di gunakan terdiri daripada stella saiz 5000 hingga 8000 dah rod berkekuatan p.e 3 - 5
Umpan ikan tongkol ini dipotong 4 dan ia adalah umpan terbaik untuk ikan kerapu naga ini kerana darah ikan ini yang banyak.


Saiz umpan tongkol... jika lagi besar umpan , lagi besar kerapu yang menyambar.

Teknik Memasang umpan

Semasa berlawan dengan ikan.


Jai dengan kerapunya bersaiz 20kg

Pintu masauk kolam yang sentiasa menanti kehadiran pengunjung ke kolam ini yang terletak di Pulau Carey.

Comments