Abu Garcia Friendly Casting Battle & Workshop 2015
Oleh: Mohd Hazrizal Mohd HanapiahAbu Garcia salah satu nama yang dekat di hati kaki pancing rakyat Malaysia. Di negara ini, Abu Garcia ada pengikutnya sendiri dan laman sosial Facebook menerusi grup MALAYSIA ABU GARCIA FANS CLUB (MY- AGFC) adalah medium utama menyatukan peminat-peminat jenama dari Sweden ini. Tanggal 18 April lalu, telah berlangsung ‘Abu Garcia Friendly Casting Battle & Workshop 2015’ di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Ong Boon Cheng memberikan tip memancing. |
Program tersebut berjaya menghimpunkan hampir 100 orang kaki casting sekitar Lembah Klang dan juga negeri-negeri lain. Syarat penyertaan adalah mereka mestilah like dan mendaftar terlebih dahulu di FB Abu Garcia Malaysia. Tiada sebarang yuran penyertaan dikenakan, tetapi wajib menggunakan sebarang kekili menegak atau mendatar jenama Abu Garcia.
Sesi pendaftaran seawal jam 7.30 pagi dan acara casting bermula jam 7.30 pagi dengan sasaran utama adalah ikan peacock bass dan juga toman.
Menurut Pengurus Produk Pure Fishing Malaysia Sdn Bhd, Ong Boon Cheng, program seumpama dilihat telah mengeratkan hubungan pengguna barangan Abu Garcia dengan pihak Pure Fishing selaku pengedar sah jenama berasal dari Sweden itu.
“Selain berkumpul, saling kenal mengenali antara satu sama lain, program seumpama diharapkan mampu mendekatkan pemancing yang menggunakan barangan Abu Garcia dengan pihak kami bertanyakan sebarang kemusykilan mengenai apa sahaja mengenai produk edaran Pure Fishing.
“Pihak kami mempunyai objektif iaitu mahu berkongsi ilmu, teknik-teknik memancing serta penyelesaian masalah berkaitan produk di kalangan pemancing di semua peringkat usia,” katanya lagi yang turut membuat sesi perkongsian ilmu mengenal produk dan teknik memancing.
Juara Friendly Casting Battle, Anjang Adie menerima hadiah daripada Dato’ Ahmad Fauzi Zahari. |
Pemenang kategori khas campuran, Aimran Syaymi. |
Saidin Kassim @ Anjang Adie dinobatkan sebagai juara apabila berjaya memperolehi tangkapan peacock bass dengan tangkapan seberat 530 gram. Tempat kedua diraih Kong Chok Keong (320 gram) dan ketiga, Johan Sallehuddin (280 gram) juga spesies yang sama. Manakala Aimran Syami Norhasim, muncul pemenang kategori khas, apabila memperoleh tangkapan ikan keli seberat 1.05 kg.
Hadiah dan barangan cabutan bertuah yang menjadi rebutan peserta. |
Comments