Casting Battle Series Bangau Team & Majalah Umpan meriah

Teks & Foto : Mohd Hazrizal

Tanggal 7-8 Jun lalu, telah berlangsung Casting Battle Series (CBS) anjuran Bangau Team dan Majalah Umpan. Seramai 30 orang kaki casting yang terdiri dari ahli-ahli Bangau Team sendiri, kaki pancing yang lain dan AKULA Fishing Community telah hadir memeriahkan pertandingan yang kali pertama diadakan ini.


Menurut Pachai Ramli, selaku admin Bangau Team, penganjuran ini dianggap gathering santai sesama ahli Bangau Team. Ia tercetus bila mana, timbul idea untuk mengumpulkan rakan Whatsapp Bangau Team dengan lebih ramai dalam satu komplot memancing.


Strike pertama daripada Hassan menggunakan gewang mikro, tetapi lebur kerana siakap berjaya memutuskan perambut.

Pada pertandingan tersebut, tiada wang ringgit yang di pertandingan. Sebaliknya semua peserta diwajibkan menggunakan hanya satu gewang keras (hard lure) terbaik yang telah di tanda dengan nama sendiri. Hanya tangkapan ikan terberat 1 hingga 3 sahaja dipilih dan juara, akan membolot semua gewang rakan-rakan yang lain. Untuk bersikap adil, penggunaan umpan hidup, soft plastic, pallet fly, jig adalah dilarang sekali.


Kebanyakan kaki pancing yang pernah bertandang ke Kolam Bedong mengakui, bukan sesuatu yang mudah untuk mendaratkan ikan di sini dengan teknik casting menggunakan gewang, terutama spesies siakap dek kerana ikan berkenaan telah pun ‘sekolah tinggi’, kerana ia telah diajar makan palet dan juga umpan udang hidup. 


 Dek kerana cuaca yang panas terik tiada tangkapan memuaskan pada sebelah pagi. Hanya 3 ekor siakap sahaja berjaya dinaikkan tidak termasuk yang gagal dinaikkan. Kemudian sesi pertandingan kedua berlangsung pada sebelah petangnya. Menjelang petang, selepas cuaca tidak terlalu panas, barulah tangkapan lebih memuaskan.

Sikap paling banyak diperolehi. Namun bukan mudah mendapatkan siakap Bedong yang sudah lali pallet. 

Azz dari Team Bangau akhirnya muncul juara apabila menaikkan ikan siakap seberat 2.15 kg sekali gus menewaskan tangkapan peserta yang lain, sekali gus berjaya ‘tapaw’ kesemua gewang rakan yang lain serta barangan tajaan daripada Pure Fishing dan Majalah Umpan.

Ujar Sani Mohamad @ Sawak yang juga penganjur CBS ini, program ini berjaya mengeratkan hubungan antara ahli dan juga mendapat rakan-rakan pancing yang baru. Pertandingan seumpama ini akan diadakan lagi di lokasi berbeza selepas Hari Raya Aidilfitri akan datang.  



Yares dan Yazid daripada geng AKULA FC.


Tempat ketiga dimenangi oleh Carl Zafran (kiri).

Palie (kiri) muncul pemenang tempat kedua.

Az (kanan) muncul juara mengalahkan 29 orang peserta yang lain.

Cenderahati daripada Firuz @ Tok Wan dari AKULA FC.

Aksi dua orang junior yang turut memeriahkan CBS siri pertama di Kolam Bedong.


Team Bangau bersama pemilik kolam Bedong, Ah Tai (tengah) yang khabarnya akan dijual selepas ini.  

Comments