Kemeriahan Ultralight Anglers Gathering 2015


Tanggal 4 April lalu, satu perhimpunan geng-geng kaki pancing yang meminati teknik pancingan ultralights telah diadakan di Beting Beras Basah, Bagan Datoh, Perak. Ia dianjurkan oleh oleh Beting Beras Basah Anglers dengan kerjasama Ultralight Anglers dan Pure Fishing Malaysia.   

Perhimpunan kali pertama ini telah dihadiri hampir 50 kaki pancing dan turut diisi dengan beberapa perkongsian aktiviti. Antaranya Ultralight Tackle Talkabout di mana Kanicen Nix dan Ahmad Aswadi dijemput untuk berkongsi ilmu ultralight angling seperti mengenali peralatan pancingan ultralight, bagaimana teknik mempersembahkan umpan dan sebagainya. Kemuncak aktiviti ini adalah pertandingan memancing.

Pertandingan yang berkonsepkan “Save Now For The Next” ini disifatkan begitu mencabar kerana kesemua peserta yang mendaftar perlu mengikut format ultralight yang telah ditetapkan iaitu, wajib menggunakan peralatan ultralight tackle (1-6lb) dan hanya lure casting (hard & soft bait) sahaja dibenarkan. 

Program yang bermula sejak awal pagi dan berakhir jam 2 petang tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Sharul Zaman Yahya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak.

Ultralight Anglers Gathering 2015 ini turut mendapat kerjasama dan tajaan hadiah daripada Pure Fishing Malaysia, Kanicen Nix, Tok Wan Iron Lure, Ketua Pemuda Bahagian Bagan Datoh, Felcra Berhad (tajaan lokasi) dan Majalah Umpan sebagai majalah rasmi.

Peserta bergambar kenangan sebelum pertandingan bermula.
Beradu skill dan tuah.



Bulan, spesies yang sukar untuk didaratkan di sini. 

Tangkapan tilapia.



Organizer- Beting Beras Basah Anglers.

Senarai pemenang Event Ultralight Anglers Gathering 2015

Kategori 1: Ikan Terpanjang

Pertama    : Mohd Taufiq - Tarpon 21cm
Kedua        : Razali Zakaria - Talapia 27cm
Ketiga         : Shahrizal - Talapia 23cm

Kategori 2: Ikan Terbanyak

Pertama     : Mohd Taufiq - 5 ekor
Kedua         : Saiful Azhar - 3 ekor
Ketiga        : Mohd Zaidi Aswad - 3 ekor

Kategori 3: Ikan Terpantas




Mohd Taufiq - Talapia

Kategori 4: Hadiah Pilihan

1. Firdaus
2. Nik Alif @ Tora
3. Mohammad Shazwan
4. Muhajirinc






Kanicen menyampaikan hadiah kepada Taufiq (juara), Saiful (kedua) dan Zaidi (ketiga) bagi kategori 2, tangkapan ikan terbanyak.

Mohamad Firuz @ Tok Wan menyampaikan hadiah kepada Taufiq (juara) bagi kategori 3, tangkapan ikan terpantas.

Boon Cheng dan Tessy daripada Pure Fishing Malaysia menyampaikan hadiah kepada Taufiq (juara), Razali (kedua) dan Shahrizal (ketiga) bagi kategori 1, tangkapan ikan terpanjang.
 

Soft plastic dan So’do keluaran Kanicen Nix dan Tok Wan Iron Lure mendapat sambutan hangat daripada semua peserta.

Kanicen dan Tok Wan, dua orang pencipta lokal produk yang patut dibanggakan. Pengurus produk Pure Fishing, Ong Boon Cheng juga turut hadir.
 
Tilapia antara tangkapan yang banyak diperolehi.




Comments