Teks: Mohamad Fazrul Abdul Majid
Foto: Fazrul & Nazzim
Kali ini Perak Angling Tourism 2015- Pulau Sembilan & Jarak. Sama seperti program-program yang lalu, program kali ini membawa wakil-wakil media dan agen pelancongan untuk merasai pengalaman memancing di spot-spot popular di perairan laut negeri Perak iaitu sekitar Pulau Sembilan dan Jarak. Kali terakhir Tourism Malaysia Perak ke destinasi yang sama adalah dua tahun lalu.
Jeti LKIM Kampung Acheh, Lumut menjadi lokasi wakil-wakil media dan agen pelancongan berkumpul. Di sini, kami dibahagikan kepada 3 buah bot dan penulis ditempatkan di dalam bot 1 yang dikendalikan oleh Tekong Abe yang baru berkhidmat penghujung tahun lalu.
|
Bantal Emas Pulau Jarak. |
|
Sesi taklimat dan kata-kata aluan daripada Pengarah Tourism Malaysia Perak, Tuan Haji Ibrahim Seddiqi Talib. |
|
Berkumpul dan berkongsi ilmu bersama Otai memancing. |
|
Bacaan doa sebelum memulakan perjalanan. |
|
Bot 2 menjadi bot pertama yang memulakan perjalanan. |
Memahami peralatan memancing yang sesuai amat penting di kawasan ini, kesemua media telah dibekalkan dengan sebiji ‘bangla’ (kekili elektrik) setiap seorang. Hari hampir gelap apabila kami tiba di lubuk pertama iaitu di kawasan karang. Berbekalkan umpan hirisan kembung, kami terus melabuhkan umpan. Suasana yang sepi pada awalnya mula bertukar apabila Pok Muds yang duduk di belakang bot menaikkan 2 ekor ikan tanda sekali gus.
Selepas itu sahaja hampir semua peserta mendapat sambaran dari ikan tanda dan tambak. Biarpun saiznya sekitar setengah kilo sahaja, ia sudah cukup menggembirakan kami di bot 1. Kira macam sesi pemanas badan lah sebelum bertarung dengan monster.
|
Posing dulu bila ikan tak makan umpan. |
|
Antara rod dengan set ‘bangla’ yang disediakan oleh pihak Tourism Perak kepada para peserta. |
|
2 ekor sekali gus tewas di tangan Pok Muds. |
|
Lesen tambak penulis. Jadilah dari takde... |
Bantal Emas Pulau Jarak
Setelah puas melayan ikan-ikan karang, kali ini tekong mengarahkan kami untuk berpindah ke lubuk seterusnya yang dikatakan lubuk jenahak di perairan ini. Memang benarlah apa yang dikata apabila joran milik Pengarah Tourism Malaysia Perak, Tuan Haji Ibrahim Seddiqi Talib disambar rakus penghuni dasar. Dengan bantuan Pok Muds yang turut berada di belakang bot dengan mudah sang jenahak berskala 3kg dinaikkan ke atas bot. Tidak lama kemudian, satu lagi kekili is gred A ini menggunakan umpan udang lipan.
Namun, tiba-tiba sahaja cuaca tidak semena-mena berubah. Angin kencang mulai tiba dan kilat memancar di kaki langit. Kemudiannya disusuli pula hujan lebat sekali gus membantutkan sesi pancingan kami. Oleh yang demikian, kami terpaksa berlindung di dalam perut bot menunggu cuaca mulai reda.
Mujurlah ribut cuma berlaku seketika sahaja. Selesai sahaja ribut, sesi pancingan diteruskan kembali. Namun ramai yang lena akibat tidak tahan dengan lambungan ombak, kerana laut masih kuat bergelora. Berbekalkan umpan sotong hidup, guide kami yang duduk di belakang bot menjadi pemecah suasana apabila berjaya mendaratkan seekor jenahak monster berskala 6kg! ini terus membangkitkan semangat kami.
Tepat sahaja 9 pagi, kami terus menuju pulang ke jeti dan menariknya apabila tiba di jeti, bot 1 yang kami naiki menjadi bot yang paling sukses mendaratkan paling banyak spesies ikan gred A. Penulis percaya, seandainya tidak berlaku masalah bot dan kami sempat appolo terlebih dahulu mencari umpan hidup, pastinya hasil akan lebih memuaskan.
|
Berat! Berpeluh nak naikkan si bantal emas ke dalam bot. |
|
Kenny berpuashati dengan sang pengacau umpan. |
|
Jenahak kedua yang membaham udang lipan. |
|
Lagi jenahak yang dinaikkan di belakang bot. |
|
Kerapu pun adaa..... |
|
Memang betul-bentul bantal saiz jenahak di sini. |
|
Grup foto bersama wakil media dan mereka yang terlibat dalam Perak Angling Tourism 2015. |
Potensi Angling Tourism Perak
Melihat kepada potensi Perak sebagai destinasi angling tourism secara keseluruhan, pada hemat penulis memang banyak potensi yang boleh diketengahkan untuk menarik minat kaki pancing serata Malaysia. Selain tourism negeri, agen-agen pelancongan juga perlu berganding bahu untuk menghasilkan pakej-pakej yang menarik kepada kaki pancing.
Apa yang penulis kagum, adalah warga kerja Tourism Malaysia Perak yang begitu aktif mempromosikan lokasi-lokasi memancing yang ada di negeri berkenaan. Tahniah kepada warga kerja Tourism Malaysia Perak atas usaha yang dilakukan. Diharap usaha berterusan dari Tourism Malaysia Perak ini dapat membantu menaikkan nama Perak sebagai salah sebuah destinasi pancingan popular yang ada di Malaysia.
Melihat lapangan pancing yang ada di negeri Perak ini ternyata masih banyak kawasan-kawasan yang boleh diketengahkan lagi. Perak sendiri memiliki khazanah spot memancing yang banyak antaranya air tawar, air masin mahupun kawasan-kawasan muara, lombong dan tasik yang semuanya boleh dibangunkan untuk menjadikan angling tourism negeri Perak maju dan popular di Malaysia.
Comments