Penangan “SP” Kolam Catch & Release Jugra

Kolam c&r Jugra
Kawasan Jugra, Banting sememangnya menjadi antara lokasi yang terdapat banyak kolam-kolam pancing komersial. Selain ‘Kolam siakap RM3’ yang cukup popular, turut menambat perhatian kaki-kaki pancing ialah Kolam CNR (catch & release) yang baru menjangkau usia 2 tahun beroperasi.
Baru-baru ini, saya telah berkunjung ke kolam ini dan kunjungan kali ini untuk menguji beberapa produk terutamanya umpan jenis SP.  



Walaupun ikan kolam, baby gt ini tidak mudah menyerah kalah.


Penggemar sukan fly fishing juga menjadikan kolam ini tempat melepaskan gian.

Sp daripada Berkley ini banyak mendapat sambutan.

Fazrul puas melayan senangin Taiwan dengan set ultralight.
Sp daripada kanicen nix




SP dari jenama Berkley GULP dan juga Kanichen Nix sememangnya menjadi-jadi di kolam ini. Dari siakap, siakap merah, GT, kerapu dan senangin Taiwan semuanya mudah diperdayakan dengan SP yang kami gunakan.



Siaz gadang , penat melayan beb.

Apa yang menariknya, melalui pancingan kami hampir seharian di sini, kami dapat mempelajari teknik yang berkesan untuk memperdayakan spesies senangin Taiwan yang terkenal dengan lariannya yang bertenaga. Pet menggunakan set ultralight sampai nak patah rod dibuatnya menahan asakan senangin.





Tip nya mudah sahaja. Hanya perlu melontar SP hingga ke hujung tebing dan buat karauan perlahan. Hanya beberapa kali karauan kekili, pasti ada getuan dari senangin Taiwan di sini. Terbukti penggunaan SP lebih berkesan berbanding menggunakan gewang.  

INFO

·         Kolam catch & release – RM20 untuk jam pertama dan kedua, RM10 untuk jam ketiga (3 jam – RM50)

·         Kolam Bawa Balik Ikan – RM3 sekali masuk dan ikan yang dinaikkan wajib dibawa pulang (tidak boleh dilepaskan semula) dengan bayaran seperti berikut:-


Harga per kilogram jika ingin bawa pulang:-

-          Kerapu RM38/kg

-          Siakap RM17/kg

-          GT RM30/kg

-          Senangin RM30/kg

-          Kaci/Siakap Merah RM30/kg

-          Jenahak RM35/kg

-          Merah RM35/kg

-          Bawal RM28/kg

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Zul (pemilik kolam), 012-3035164
Manakala untuk kerapu, spot terbaik adalah berhampiran salur pembetung air keluar berhampiran pondok dan juga kipas air di bahagian tengah. SP selepas dilontar, perlulah dikarau perlahan menyeret dasar. Sabar ketika mengarau dan ulangi semula, pasti tidak lama kemudian, tarikan kerapu yang padu akan anda rasai. Kanicen dengan kerapunya.


Comments