Slow pitch jigging Muar Johor

Text : Mohd Hazrizal
Foto: Nazzim

Di bandar Muar ini, terdapat satu-satunya bot berkonsepkan spot fishing seperti kebanyakan bot di Kuala Rompin, Pahang. Bot yang diberi nama Tiger 55 ini dimiliki oleh seorang tekong bernama Chegu Tuah dan jeti operasinya terletak di pinggir Sungai Muar. Ia betul-betul terletak di belakang Muar Traders Hotel. 

Oleh sebab ingin mencuba teknik pancingan ini di Zee Zone Muar, saya menyertai komplot yang diaturkan oleh Bob. Turut serta Nazzim, Lan Ajel dan Johannas dan Muhd Fikri, anak Chegu Tuah merangkap pembantu bapanya. Manakala seorang lagi rakan tidak dapat serta dan terpaksa menarik diri saat akhir.

seekor kerapu bersaiz memuaskan berjaya diperolehi. Bagi mengabadikan kenangan ia tangkapan di lubuk laluan kapal, lensa kamera dipetik sebaik sahaja, sebuah kapal kontena melalui belakang Johannas.  

Hampir jam 9 pagi, Tiger 55 bergerak meninggalkan jeti. Sedikit terlewat dari waktu asal yang biasa diambil oleh Chegu Tuah. Namun ia tidak memberi masalah kerana bot Tiger 55 bersaiz 32 x 7.5 kki dengan kekuatan enjin 400 kuasa kuda, mudah sahaja di kemudikan meredah alun menuju ke arah Zee Zone.


Tiba di spot pertama, sebaik sahaja bot berhenti, kami segera menurunkan jig. Unjunan demi unjunan terus mengetuk dasar laut. Kerap juga kami menukar warna dan saiz jig antara 100-150 gram. Waktu itu, air begitu lenang dan pemilihan tarikh hari itu juga adalah terbaik dan disarankan sendiri oleh tekong. Namun selepas beberapa kali menukar spot berdekatan, kami masih lagi gagal memperoleh tangkapan. 

Menurut Chegu Tuah, lokasi pancingan slow jigging di Zee Zone Muar adalah sekitar 15-20 batu nautika, iaitu hingga di laluan kapal dagang. Antara lubuk-lubuk yang kerap dikunjunginya termasuklah Kapal Karam, Lubang Kecik, Lubuk 1 Malaysia, Pulau Bersatu, Karang Keropok dan banyak lagi. Tambahnya lagi, purata kedalaman lubuk-lubuk ini sekitar 40-50 meter.


Lan Ajel yang berada di posisi tengah berjaya memperoleh sambaran. Hasilnya adalah seekor merah tanda, tewas dengan gelekan jig Maxel DFL-200 gram.    Tidak lama kemudian, ketika mahu membuat karauan jatuhan jig semula, Nazzim yang menggunakan set kekili Omoto Talos dan dipadankan dengan joran Expert Graphite Butterfly PE 1-3 berjaya memperoleh seekor alu-alu. Mujur tidak kena cukai.

Bob gemar menggunakan jig daripada maxel DFS 200g
Zack Daniel berpuas hati dengan kerapu saiz hidangan ini.
Tenggiri ini tergoda dengan renangan slow pitch jigging
Dalam cuaca yang tidak begitu memihak kepada kami, Chegu Tuah cuba mencari spot terbaik untuk kami. Tiba di spot Lubang Kecik, saya mendapat sambaran pertama. Sebaik sahaja jig Maxel DFS-180 gram warna purple jatuh ke dasar dan dikarau ke atas tiga kali, terus sahaja disambar. Karauan ke atas akhirnya memunculkan seekor tenggiri dalam skala 3 kg.


Kami kemudiannya saling silih berganti memperoleh spesies talang. Ujar Bob, walaupun jenahak atau bantal emas belum muncul lagi, layan talang pun ok. Janji strike!. Lewat petang, walaupun cuaca sudah cerah, alun yang masih kuat bergelora belum mahu menunjukkan tanda-tanda mahu reda.

Lubuk talang bermain di tengah air








Menyedari, ikan sasaran jenahak, masih belum diperolehi, Chegu Tuah membawa kami bermain di sekitar laluan kapal. Agak gerun juga melihat kapal-kapal kontena lalu lintas. Lebih gerun melihat alun yang terhasil menyebabkan bot kami terumbang ambing.

Dengan enjin bot yang sememangnya tidak dimatikan, Chegu Tuah cuba mendapat point yang betul untuk kami menjatuhkan jig di spot sasaran. Akhirnya di spot tidak jauh dari batu karang, Johannas berjaya mendapat strike padu daripada pemangsa.

Akhirnya seekor kerapu bersaiz memuaskan berjaya diperolehi. Bagi mengabadikan kenangan ia tangkapan di lubuk laluan kapal, lensa kamera dipetik sebaik sahaja, sebuah kapal kontena melalui belakang Johannas. 

Strike kerapu daripada pijo

Tekong Chegu Tuah 

Sebelum pulang ke Shah Alam, kami menikmati dahulu mee bandung Muar dan makanan ori Johor yang sememangnya sukar dicari di Lembah Klang seperti kacang pool, murtabak, sate. Malang tidak berbau, sekitar jam 12.50 tengah malam, kami ditimpa kemalangan tidak jauh selepas susur masuk KLIA dan Hentian R&R Dengkil yang mengakibatkan kerosakan teruk pada kenderaan.

Dua orang rakan, Bob dan Lan Ajel mengalami kecederaan parah dan yang paling teruk Lan Ajel yang memaksanya berehat panjang akibat kecederaan tulang belakang. Salam takziah kepada mereka berdua. Semoga cepat sembuh. Di kesempatan ini, kepada kaki-kaki pancing yang ingin menghulurkan bantuan, sumbangan bolehlah menghubungi menerusi akaun Facebook Lan Ajel. 

TEKONG MUAR

  • Nama: Mohd Tuah (Chegu Tuah)
  • Saiz bot: 32 kaki x 7.5 kaki
  • Enjin: 200 hp x 2
  • Muatan: 6 penumpang
  • Jeti: Kelab Sosial Persisiran Maharani, Muar
  • Ikan sasaran: Jenahak, kerapu, tenggiri, talang, GT, aruan tasik
  • Teknik pancingan: Slow pitch, bottom
  • Pakej harga: RM 1250 sehari (8 am-6 pm)
  • Lokasi Memancing: Zee Zone Muar
  • Pertanyaan: 017-6233420

Bot yang selesa dan laju

Tip slow pitch Zee Zone Muar:

  • Setup yang sesuai digunakan, light, medium untuk kepuasan bertarung. PE1-3 heavy juga sering digunakan. Bergantung kepada berat jig dan ikan sasaran.
  • Berat slow jig sesuai 100-280 gram bergantung pada arus
  • Warna jig killer: Charteuse zebra, orange zebra, pink/merah-putih, silver, gold dan juga boleh juga cuba kaler-kaler baru

Comments