Slowpitch jigging pulau jarak

Buat pertama kalinya saya mempraktikan teknik slow pitch jigging ini di perairan pulau jarak. Banyak video dan teknik memancing daripada jepun menjadi rujukan saya sebelum trip ini dirancang kerana teknik ini berasal  daripada Negara matahari terbit iaitu jepun. Tidaklah sesukar mana pun ,cuma kita kene fokus dengan getuan Ikan daripada dasar. Target spesis Ikan2 dasar iaitu kerapu Dan jenahak.  Karau secara perlahan sebanyak 3 kali, kemudian lepas semula jig ke dasar semudah ABC. Rod berkekuatan p.e 3 hingga p.e 4 amat sesuai untuk teknik ini  kerana jig besi yang kami gunakan seberat 180g hingga 250g.

Bot yang diberi nama Dark Water ini amat besar dan selesa untuk aktiviti jigging,casting & popping.
Kos bagi seharian memancing di kawasan pulau jarak ini daripada pukul 8am hingga 6pm ialah Rm 1600. Jumlah pemancing pula ialah seramai 6 orang. 
Triple strike !!! Apabila bot hanyut dan masuk ke kawasan spot lubuk ikan.
strike daripada penghuni dasar bersaiz 3 hingga 4kg.
zack berpuas hati dengan kerapu berskala 1kg
Penat melayan cobia ni, tekong thomas membawa kami ke salah satu spot lubuk favorite beliau. 
Ikan Champion,
Tekong Thomas dengan ikan tanda., Khidmat tekong ini amat bagus sekali kerana rajin mencari spot dan sangat peramah. Bagi saya, kejayaan sesuatu trip itu bergantung kepada rezeki Allah s.w.t dan usaha daripada tekong itu sendiri.
Hatta dengan jenahak bersaiz 4kg.
Antara set yang kami gunakan. shimano ocea jigger dan dipadankan dengan rod beat ternyata gabungan yang mantap.

Jenahak pertama seberat 4kg berjaya didaratkan dengan jig daripada maxel dfs 180g Dan tali utama berkekuatan 40 paund berinsurankan perambut 100% fluorocarbon 40 paund. Rod daripada Expert Graphite Butterfly p.e 1.5-3.
Bob bersama Kerapu bersaiz boron  yang tergoda dengan jig besi daripada jenama xesta flap 250g.

Jig & Hooks

 Jig daripada  jenama Xesta Flap dan maxel tajaan daripada fishmax tackle Sdn.bhd.


Mata kail yang diikat sendiri (hand made) daripada Bob.

 Gabungan rod dan reel yang mantap.












Comments