Anglers Central Pakar Gewang dan Jig Jepun

Teks: Paez          
Foto: Ayie


Gewang buatan Jepun diakui biasanya mempunyai nilai pasaran yang agak tinggi. Walaupun nilai harganya lebih tinggi daripada gewang lain, namun kualiti dan gaya persembahannya memang tidak boleh dipertikaikan. Namun begitu, bagi penggemar gewang Jepun, agak sukar untuk mendapatkan gewang buatan Jepun dengan pilihan yang banyak.

Terletak di Jalan SS4C/5, Petaling Jaya, kedai pancing Anglers Central pasti dapat memuaskan hati buat penggemar-penggemar gewang buatan Jepun. Sebut sahaja Megabass, Ima, Shout, Bassday, Duo dan banyak lagi, anda boleh memiliki dengan banyak di sini. Dengan begitu banyak pilihan, pasti anda rambang mata memilihnya.

Mula beroperasi sekitar Oktober 2011, Anglers Central dimulakan oleh dua sahabat karib yang juga kaki pancing iaitu Eugene Chan (Chew Jin) dan Hoe Chee Mun (Marcus). Anglers Central mula beroperasi hasil minat mendalam terhadap sukan memancing yang mana mereka sudah hampir 25 tahun bergelumang dalam kancah sukan memancing.

Chew Jin mahupun Marcus tidak lokek untuk membantu anda dalam menyampaikan maklumat dan tip-tip berkaitan gewang buatan Jepun. Ini termasuklah bahan material, ikan sasaran, gaya renangan dan gewang pilihan. Mereka juga boleh dikatakan sudah mencuba hampir kesemua gewang yang terdapat di kedai ini. Jadi, jangan malu bertanya kepada mereka jika bertandang ke sini, pasti anda akan dilayan dengan sebaik mungkin.

Bercakap mengenai kedai Anglers Central ini, Marcus berhasrat agar Anglers Central bukan sekadar kedai pancing, malah menjadi medan lokasi untuk berkongsi apa sahaja kaki-kaki pancing. Selain itu, mereka sememangnya mahu mempromosikan lagi aktiviti mengilat di Malaysia di samping menjaga kelestarian alam sekitar.


“Saya sentiasa menyarankan dan mahu melihat pemancing di Malaysia mengamalkan konsep tangkap dan lepas serta etika memancing bagi memastikan stok ikan sentiasa ada di negara kita,” kata Chew Jin apabila ditanya hasrat beliau. “Kita mesti menjaga sikap kita dan ia mesti bermula daripada kita sendiri sebelum kita kehilangan sumber ikan kita,” tambah Marcus lagi.

Dibuka setiap hari kecuali Isnin dan cuti umum, Anglers Central beroperasi dari jam 11 pagi hingga 8 malam. Jadi jangan lupa datang jika anda semangnya sedang mencari gewang-gewang Jepun. 






Anglers Central!
No, 16 (Tingkat Bawah) Jalan SS4C/5
Petaling Jaya 47301 Selangor.
Tel: 03-7887 0833
HP: 017-884 7422
Kordinat GPS: E 101’ 26’ 58.7”  N 3’ 6’ 4.4”

Bagaimana ke sini?
-     Dari Lebuh raya Damansara-Puchong (LDP) arah Kepong. Selepas melepasi stesen PUTRA Kelana Jaya, susur ke kiri (landmark stesen minyak Caltex & papan tanda ke SMK Kelana Jaya), terus dan belok masuk ke lot kedai sebelah kiri. Dari situ akan nampak papan tanda Anglers Central. 

Comments