Teks: Hazrizal Mohd Hanapiah
Foto: Nazzim
Hari ini, teknik pancingan slow jigging semakin digilai ramai kaki pancing Malaysia. Jika anda salah seorang yang menyukai teknik ini atau sedang berkira-kira sedang mencari peralatan untuk bermain slow jigging, nasihat saya, anda perlu berkunjung ke kedai Fishmax Tackle yang terletak di Klang, Selangor. Ini kerana, premis ini paling banyak dan serba lengkap menjual peralatan teknik pancingan slow jigging.
Di sini tersedia pelbagai jenis rod, kekili, jig, tali, mata kail dan pelbagai lagi aksesori yang diperlukan. Terdapat pelbagai jenama, bermula daripada dari yang berharga ekonomi, medium hinggalah yang termahal.
Menurut pemiliknya, Chong Kit Soon, 31, sememangnya kedainya kini sedang memfokuskan kepada penjualan barangan teknik slow jigging selain barangan teknik pancingan lain.
Katanya lagi, untuk teknik slow jigging, dia tidak menjual sembarangan produk slow jigging di kedainya tanpa dia mengujinya terlebih dahulu di perairan Malaysia sebelum ia dibawa masuk dan dijual.
Antara jenama-jenama yang terdapat di kedainya adalah Maxel, Shout, Major Craft, Beat, Evergreen, Ima, Duo, Jackson, Shimano, Daiwa, Varivas, Sunline, Gosen dan banyak lagi. Selain itu, dia juga memberikan tunjuk ajar sama ada dari segi pemilihan peralatan mengikut bajet pemancing sehinggalah trip membawa pelanggan memancing bermain slow jigging.
Menariknya lagi, di
kedainya turut disediakan video tutorial teknik pancingan slow jigging
bagi kebanyakan trip yang telah dikunjunginya. Para pelanggan boleh
bertanyakan apa sahaja kemusykilan, pandangan, nasihat dan tunjuk ajar
tentang slow jigging.
Tidak ketinggalan, anak jati yang berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan ini turut sama memuat turun video-video dan gambar-gambar menarik pancingannya di Youtube dan Facebook untuk tontonan umum.
Selain itu, Fishmax Tackle yang telah beroperasi sejak empat tahun lalu turut menyediakan servis baik pulih rod dan juga kekili kepada para pelanggan serta yang lebih menarik, turut menyediakan trip pancingan bersama pelanggan, terutama di perairan Selat Melaka.
Ditanya mengenai apakah perancangan masa depan kedainya lagi, Chong menjelaskan dia kini sedang berusaha membawa masuk pelbagai lagi produk-produk yang berkaitan dan membesarkan premis perniagaannya iaitu membukanya di tingkat atas.
Selain itu, selepas menjadi pengedar jenama Maxel, dia kini sedang dalam perancangan membawa masuk dan menjadi pengedar barangan slow jigging no 1 di Jepun iaitu Deep Liner ke pasaran Malaysia.
Fishmax Tackle Shop (Klang)
No 33, Jalan Bayu Tinggi 2B/KS6, Batu Unjur,
41200 Klang, Selangor.
Waktu operasi: Isnin-Sabtu (11 am-8.30 pm)
GPS: (3.011009, 101.439088)
FB: Fishmax Tackle Shop.Klang
Foto: Nazzim
Hari ini, teknik pancingan slow jigging semakin digilai ramai kaki pancing Malaysia. Jika anda salah seorang yang menyukai teknik ini atau sedang berkira-kira sedang mencari peralatan untuk bermain slow jigging, nasihat saya, anda perlu berkunjung ke kedai Fishmax Tackle yang terletak di Klang, Selangor. Ini kerana, premis ini paling banyak dan serba lengkap menjual peralatan teknik pancingan slow jigging.
Kedai Fishmax Tackle yang terletak di Klang. |
Di sini tersedia pelbagai jenis rod, kekili, jig, tali, mata kail dan pelbagai lagi aksesori yang diperlukan. Terdapat pelbagai jenama, bermula daripada dari yang berharga ekonomi, medium hinggalah yang termahal.
Menurut pemiliknya, Chong Kit Soon, 31, sememangnya kedainya kini sedang memfokuskan kepada penjualan barangan teknik slow jigging selain barangan teknik pancingan lain.
Katanya lagi, untuk teknik slow jigging, dia tidak menjual sembarangan produk slow jigging di kedainya tanpa dia mengujinya terlebih dahulu di perairan Malaysia sebelum ia dibawa masuk dan dijual.
Chong (kanan) dan staf yang bersedia melayan kunjungan anda. |
Antara jenama-jenama yang terdapat di kedainya adalah Maxel, Shout, Major Craft, Beat, Evergreen, Ima, Duo, Jackson, Shimano, Daiwa, Varivas, Sunline, Gosen dan banyak lagi. Selain itu, dia juga memberikan tunjuk ajar sama ada dari segi pemilihan peralatan mengikut bajet pemancing sehinggalah trip membawa pelanggan memancing bermain slow jigging.
Rod keluaran maxel |
Tidak ketinggalan, anak jati yang berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan ini turut sama memuat turun video-video dan gambar-gambar menarik pancingannya di Youtube dan Facebook untuk tontonan umum.
Selain itu, Fishmax Tackle yang telah beroperasi sejak empat tahun lalu turut menyediakan servis baik pulih rod dan juga kekili kepada para pelanggan serta yang lebih menarik, turut menyediakan trip pancingan bersama pelanggan, terutama di perairan Selat Melaka.
Ditanya mengenai apakah perancangan masa depan kedainya lagi, Chong menjelaskan dia kini sedang berusaha membawa masuk pelbagai lagi produk-produk yang berkaitan dan membesarkan premis perniagaannya iaitu membukanya di tingkat atas.
Selain itu, selepas menjadi pengedar jenama Maxel, dia kini sedang dalam perancangan membawa masuk dan menjadi pengedar barangan slow jigging no 1 di Jepun iaitu Deep Liner ke pasaran Malaysia.
Sesi ujian kekuatan rod Maxel daripada Chong |
Kekili Overhead Maxel boleh didapati di sini. |
Jig Maxel yang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan boleh didapati di sini. |
Koleksi jig kesayangan di simpan dan dipamerkan oleh chong |
Jig kesayangan dan killer bagi chong kerana kemasan luar jig ini di perbuat menggunakan kulit kerang dan ia keluaran khas. |
Tali daripada jepun mendapat permintaan tinggi. |
Tidak ketinggalan, siri Stella juga ada dijual. |
Overhead daripada evergreen Oceanus, jika berkemampuan anda patut memilikinya. |
Info:
Alamat:Fishmax Tackle Shop (Klang)

Comments