Monster Hunter Sport Fishing Tackle

Teks : Mohd Hazrizal Mohd Hanapiah
Foto : Nazzim


 Pro shop Expert Ghraphite, Eupro dan BKK


Berkonsepkan bukan sekadar menjual barangan pancing semata-mata, Monster Hunter Sport Fishing Tackle (MHSFT) yang ditubuhkan tanggal 1 Februari 2015 ini, turut memberikan khidmat nasihat tentang apa sahaja perkara berkaitan memancing secara percuma, termasuklah cara memancing dengan betul serta aspek pemilihan peralatan memancing sesuatu teknik. 

Bukan itu sahaja, premis yang terletak di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor ini merupakan pro shop bagi barangan Expert Graphite, Eupro dan BKK selain menawarkan pelbagai barangan jenama yang lain kepada kaki-kaki pancing. 

Menurut Tarzan Ho, pemilik MHSFT bersama rakannya Kent Lee, istimewa di premisnya adalah kesemua joran yang dijual telah diuji satu persatu sebelum dijual kepada pengguna. Jadi pengguna tidak perlu risau tentang kualiti joran yang dijual.

Seandainya berlaku kes joran patah (semasa pertarungan dengan ikan), ia akan diganti dengan baru (dalam tempoh 14 hari). Jika joran patah dalam tempoh setahun, pembeli hanya perlu membayar 40 peratus dari harga asal dan 60 peratus selepas pembelian setahun untuk joran 2 keratan. Selain itu juga MHSFT turut menyediakan khidmat membaiki joran dan kekili.   

Bagi kaki pancing di luar Lembah Klang, termasuk Sabah dan Sarawak, mereka juga boleh membeli produk-produk dari jenama Expert Graphite, Eupro dan BKK serta apa sahaja di MHSFT secara online.

Selain itu, MHSFT turut mengadakan baitcasting dan fly fishing clinic yang diadakan setiap hari Sabtu di bawah kelolaan pemancing berpengalaman, Johari Jamil.

Ujar Tarzan Ho lagi, MHSFT turut mengeluarkan produk sendiri iaitu di bawah label nama premisnya seperti peralatan slow jig, light jig, mikro jig dan spoon. Bahkan, terdapat beberapa produk lain yang sedang dalam peringkat R&D bakal di bawa masuk. 

Big Boss Tarzan Ho dan Staff Diana
Ujian Rod Expert Graphite Butterfly

Monster Hunter custom power handle

Popper Kesayangan Tarzan Ho
Ditanya tentang apa istimewanya tentang MHSFT ini lagi, Tarzan Ho yang juga product tester Eupro memberitahu pihaknya turut menyediakan trip memancing kepada sesiapa yang berminat sama ada pancingan laut dan juga air tawar.

Dalam tahun ini juga, pihaknya telah pun merancang beberapa program antaranya, accurate casting, casting competition (di SW Jurassic Fishing Pond, B.Lalang, Sepang) dan casting league.

``MHSFT juga adalah ejen berdaftar untuk pancingan popping di Pulau Komodo, Indonesia bagi rantau Asia Tenggara. Jadi sesiapa yang berminat untuk merasai tarikan GT bersaiz monster, boleh hubungi saya atau premis ini,`` katanya lagi.


Expert Graphite Aristo (casting model)
2-6lbc
4-10lb
6-12lb

Expert Graphite Butterfly jigging rod (casting & baitcasting model)
PE 0.6-1            40 gram jig max
PE 0.8-1.5         80 gram jig max
PE 1.5-3            160 gram jig max

Monster Hunter slow jig
180 gram, 200 gram, 250 gram

BKK Jigging hook

 Info:

Waktu operasi: Isnin-Ahad (11 am-8.00 pm)
Pertanyaan facebook: monsterhuntersft

Comments