Raya Bersama Women Anglers Club 2015


8 Ogos Kuala Lumpur - Sebuah majlis sambutan hari raya aidilfitri yang dianjurkan oleh Women Anglers Club Malaysia(WAC) mendapat sambutan meriah. Majlis ini diadakan bertujuan ingin memupuk silaturahim antara pemancing wanita dan menggalakkan aktiviti hobi memancing sebagai aktiviti yang sihat dalam komuniti. Kelab yang ditubuhkan oleh saudari Mala ini untuk mengetengahkan bakat muda dan belia dalam sukan atau hobi memancing pada masa yang sama mengelekkan budaya kurang sihat atau melepak dikalangan remaja dan belia. Harapan WAC semoga industri memancing lebih membuka mata dan memberi lebih ruang untuk mengetengahkan pemancing wanita, tidak kira bagi memancing sebagai hobi atau yang mahu bakat mereka diketengahkan ke taraf profesional.

Comments