Teks:
Mohamad Fazrul Abdul Majid
Foto: Nazzim
Bagi peminat
teknik casting dan jigging, nama kedai Red-Hot Anglers bukanlah sesuatu yang
asing bagi mereka. Ini kerana, premis ini sudah menjadi antara hentian wajib
bagi komuniti ini kerana ia banyak memfokuskan kepada penjualan alatan dan
“artificial lure” bagi kaki casting dan jigging di negara ini.
Mula bertapak sejak 2005 lagi,
Red-Hot Anglers pada asalnya diusahakan oleh pemilik yang berasal dari Jepun.
Namun, atas dasar kepercayaan ia kini ia diusahakan oleh anak tempatan yang
lebih mesra dipanggil Sam.
. Red-Hot Anglers
yang terletak di SS26, Petaling Jaya.
|
Khidmat servis reel turut diperkenalkan |
Justeru itu, tidak hairanlah
kebanyakan produk di premis ini datangnya dari negara matahari terbit itu.
Walaupun begitu, masih ada juga produk tempatan dan produk luar dipamerkan dan
dijual di sini, semuanya bergantung kepada permintaan di kalangan pelanggan.
Disebabkan usianya yang sudah
lama bertapak di Malaysia, premis ini juga telah mendapat kepercayaan daripada
ramai kaki pancing yang bukan sahaja datang daripada Lembah Klang, bahkan dari seluruh
semenanjung Malaysia juga sanggup ke sini untuk membeli peralatan idaman
mereka.
Selain daripada penjualan alatan
memancing, premis ini turut menyediakan khidmat servis reel, tidak kiralah sama ada spinning,
BC mahupun multiplier dengan
harga yang amat berpatutan. Tidak hairanlah, setiap hari ada sahaja pelanggan akan
ke sini menghantar reel mereka untuk
diservis kerana kualiti di sini terbukti antara yang terbaik perkhidmatannya.
Sam Lee, pemilik kedai yang turut meminati majalah Umpan. |
Ditanya tentang kelainan yang ada
pada kedai pancing ini, Sam berpendapat bahawa kedai pancing ini lebih
menitikberatkan kepada sport fishing,
yang mana ia tidak banyak ditumpukan oleh kedai pancing lain yang ada di
Malaysia.
Selain itu, pada masa hadapan,
kedai ini juga amat berharap untuk membawa masuk lebih banyak produk-produk
baru yang boleh diguna pakai oleh kaki pancing yang ada di negara ini sekali
gus dapat memajukan lagi industri memancing di Malaysia.
Jadi, bagi mereka yang berhajat
ke sini, bolehlah ke Taman Mayang Jaya, Petaling Jaya, Selangor. Premis ini
beroperasi setiap hari Selasa hingga Sabtu dari jam 11 pagi hingga 8 malam dan
pada hari ahad dari jam 11 pagi hingga 3 petang (ditutup pada hari Isnin dan
cuti umum).
Antara barang ‘rare’ yang susah dijumpai di kedai-kedai biasa |
Koleksi outfit yang boleh digunakan semasa memancing |
Pelbagai pilihan joran terdapat di sini. Jenama Yamaga menjadi antara hot item di sini |
Gewang secondhand turut dijual dengan harga yang istimewa |
Antara barangan untuk aktiviti outdoor yang juga boleh didapati di sini |
Antara gewang untuk memburu haruan dan toman |
Kayak tahan lasak ini mahal harganya! |
Beg kalis air ini amat berguna bagi kaki pancing untuk menyimpan barangan berharga |
Comments