Metropolitan Angler Trend Memancing Masa Kini

Bagi penggemar teknik casting, baru-baru ini Ultralight Anglers, Kanicen Nix, Buff Malaysia dan Malaysia Abu Garcia Fans Club (MY-AGFC) telah menganjurkan sebuah pertandingan mengilat soft plastic yang bertempat di Syopz Mall @ Taylor's Lakeside Campus, Petaling Jaya.

Apa yang menariknya, pertandingan yang berkonsepkan “Metropolitan Angler” berslogankan “Fishing with Style” ini mewajibkan peserta berpakaian stylo dan kemas dengan gaya pemancing di bandar.

Pertandingan yang berbentuk santai ini ternyata berlangsung meriah apabila berjaya menarik hampir 250 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan bangsa hadir menyertainya meskipun berlangsung dalam cuaca berjerebu yang melanda Malaysia.

Acara ini turut mendapat sokongan dan penaja daripada Pure Fishing Malaysia, iaitu pengedar barangan memancing terkenal seperti Berkley, Abu Garcia, Penn, Stren, Shakespeare dan banyak lagi. Syopz Mall yang turut sama memeriahkan suasana dalam upacara pembukaan majlis dan penyerahan hadiah pertandingan kepada para pemenang. Majalah Umpan adalah rasmi acara tersebut.

Di pertandingan ini, empat kategori yang di pertandingan iaitu Ikan Terpanjang, Pakaian Terbaik, Gambar Selfie Terbaik dan beberapa hadiah untuk kategori Ikan Bonus. Pelbagai jenis ikan berjaya dipancing oleh para peserta antaranya termasuklah haruan, kerapu lombong, tilapia dan cichlid yang paling banyak mendominasi tangkapan. Yang terbesar dinaikkan sewaktu acara ini ialah haruan berskala 54 cm seberat 2 kg.

Pertandingan ini juga dibantu oleh tenaga kerja para marsyal sukarela yang turun membantu menjayakan event ini dan tidak mengenal erti penat lelah daripada grup Think Fish, Tomania, Procaster Fishing Club dan Tepen Caster yang diterajui oleh Sidek Sidi, Roy Procaster dan Hisyam Yusof.

Di masa akan datang diharapkan agar lebih ramai caster-caster Malaysia dapat bersama-sama memeriahkan acara yang bukan sahaja sekadar pertandingan tetapi bermanfaat untuk perkongsian ilmu soft plastic, malah ia juga mampu mengeratkan lagi ikatan silaturahim sesama pemancing di kota raya metropolitan ini.
Peserta pertandingan datang seawal pagi bagi sesi pendaftaran

 Marshall pertandingan yang bertukuslumus melancarkan pertandingan ini
Marshal mengukur tangkapan peserta dan ikan ini diantara pemenang utama

Juara pertandingan dengan memperolehi tangkapan haruan

 Kura-kura pun makan soft plastik


Peserta pertandingan tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan soft plastik keluaran kanicen nix.



 Juara keseluruhan pertandingan dimenangi oleh Mohd Khairil dengan haruan 54cm

 Taklimat pertandingan di berikan oleh kenicen nik dan ong boon cheng selaku penganjur.




Kerapu lombong pun ada di tasik ini


Comments