Rally pb kampar

Text & photo: Nazzim

Perak ialah destinasi saya kali ini dengan misi memburu Ikan Peacock bass atau panggilan tempatanya ikan Raja . Saiz Ikan yang di idamkan 50-60cm menghantui perjalanan kami daripada Kuala lumpur.Perjalanan kami daripada Kuala lumpur bermula seawal jam 3 pagi mengambil masa dua jam untuk sampai ke destinasi  kami iaitu tasik biru yang dahulunya sebuah lombong bijih timah dan sekarang sebuah lombong terbiar terletak dikampar perak. Untuk sampai ke sini melalui lebuhraya keluar ke Tapah melalui jalan pekan kampar dan terus menuju ke kelinik kesihatan kampar. Tasik Biru ini hanya bersebelahan dengan klinik tersebut.  Sebelum memulakan aktiviti, kami bersapan  di gerai berdekatan .

Pesta gewang Top Water

Selesai bersarapan, kami berlapan terus menuju ke spot landbase pertama di tasik biru ini. Riak wajah kami semua bagai tidak sabar dan penuh harapan yang menggunung. Kelihatan dari jauh, ikan raja ini sedang rancak bermain diatas air diawal pagi. Tidak menunggu lama, kami semua secara spontan menggunakan gewang top water seperti popper dan pencil secara beramai-ramai.  Letupan demi letupan daripada peacock bass tidak putus-putus tetapi saiz ikan tidak beberapa besar sekitar 20-30 cm. Leka dengan menggunakan gewang top water, Rosli secara senyap menggunakan rapala x rap coundown 5cm sinking dan telah berjaya memperolehi strike kasar peacock bass berskala 40cm.

Micro jig

Padang pancing yang luas seperti lombong atau tasik amat sukar untuk mencari spot ikan ini bermain. Hanya mengharapkan ikan ini bermain dipermukaan air di awal pagi atau struktur tunggul dan suak -suak yang menjadi sarang atau tempat ikan ini berteduh. Setelah bergasak menggunakan gewang permukaan, jam menunjukkan pukul 9 pagi. Sambaran demi sambaran lama kelamaan berkurangan.
Shamshur merangkap guide kami ke sini mensarankan menggunakan gewang selaman dalam atau micro jig untuk memujuk ikan ini yang semakin tidak aktif apabila matahari mulai terang. Saya mengeluarkan jig micro bejenama stileto 9gram di tambah bulu pada mata jig. Balingan jig yang jauh dapat memberikan kelebihan kepada pemancing kerana sampai ke sasaran ikan yang jauh dari tebing. Biarkan beberapa saat sehingga jig sampai kedasar, karau secara jerk n stop. Ianya amat efektif untuk ikan yang malas dan selalunya menurut pengalaman kami, Pecock bass bersaiz besar tidak duduk didasar. Setelah beberapa ekor peacock bass berjaya didaratkan dengan teknik ini, kami sepakat untuk mencuba lagi di sebelah petang.
Menjelang tengahari, kami singgah di restoran Capati corner untuk makan tengahari. Pertama kali makan disini, saya berpuas hati dengan hidangan yang popular di sini menu berasaskan capati beserta kuah kari lembu dan kambing membuatkan kami semua terlena sebentar selepas makan.

Kilang Minyak

Tepat pada pukul 5 petang, sesi memancing disambung kembali. tetapi kali ini kami berubah ke lokasi padang pancing yang lain. Tidak beberapa jauh daripada tasik biru, Shamsur membawa kami ke lokasi Kilang minyak sawit. Menurutnya, ikan peacock bass disana Frenzy pada sebelah petang. Tidak membuang masa, kami bergegas ke spot tersebut. Perasaan tidak sabar dan penuh harapan kami semua tidak dapat sorok melalui raut wajah rakan rakan yang lain.
Hanya beberapa ekor sahaja peacock bass  yang sudi membaham gewang di lokasi ini. Buat kata rakan kami Rosli, " Banyak saiz tapak kaki je". bagi kami, kecil atau besar ikan tersebut tidak penting . Tetapi Ukhwah persahabatan diantara Kampar Caster Club (KCC) yang ditubuhkan sekitar tahun 2008 ini oleh Sam Ah Choi dan rakan-rakan lain yang berasal daripada Kampar dapar berkongsi minat yang sama antara pemancing seluruh Malaysia.
Sebelum senja kami semua berpakat balik ke Kuala Lumpur sekaligus mengakhiri trip Terjah PB Kampar ini. Walaupun target utama kami mencari peacock Bass bersaiz 50cm hingga 60cm, sekurang kurangnya kami semua mendapat maklumbalas mengenai ikan ini yang semakin terancam di Perak. Potensi destinasi perak sebagai Lubuk ikan Peacock Bass masih ada jika pemancing di malaysia menghargai khazanah alam ini yang tidak ternilai dengan wang ringgit.




PB ini tak padan dengan kecik .. habis telan gewang strike pro.
Bergambar sebelum memancing bersama tuan tanah.
Pijoy dengan pb saiz 30cm, rezeki orang baru
Bob menggunakan micro jig untuk menjerat pb.
Semua lubuk berdekatan kampar kami terjah.
Gewang killer untuk ikan pb ini storm flutterstick
Antara gewang killer disini senses 50s
C&R perlu diamalkan
Sham ah choy ialah guide kami pada trip kampar ini . Beliau berpengalaman luas dalam selok belok lombong disini.






















Comments

Unknown said…
Tempat saya selalu pancing sekarang hahahaha..x sangka ada kt google