Teks & Foto: Nazzim
Musim monsoon pada tahun 2015 dirasakan tiba lewat, tetapi niat untuk bermain slow pitch jigging ini sangat membara bagi kami yang tinggal di Kuala Lumpur. Trip ke Pulau Jarak ini di atur oleh Bob dan rakan-rakan yang tinggal sekitar daerah perak untuk bergabung tenaga menarik ikan idaman iaitu "Tong Gas". (Kerapu bersaiz Besar)
Boat Tuna 3 yang kami tempah meluncur laju ke setiap spot yang telah dikenal pasti mengandungi "Tong Gas" iaitu spesis pujaan setiap kaki slow pitch di Malaysia. Tapi apakandaya,cuaca yang tidak menentu banyak mempengaruhi trip ini kerana keadaan
angin yang kuat beserta hujan betul-betul menguji setiap peserta trip
ini dari segi ketahanan mental dan fizikal.
Apabila keadaan laut bergelora , kami terpaksa menggunakan jig seberat 250g hingga 350g... itu pun tak cukup berat, kalau ade 500g lagi baik. Keadaan angin yang begitu kuat menyebabkan jig kami semua melayang jauh daripada spot ikan. Kami sumua hanya meneruskan aktiviti jigging kami walaupun pelbagai halangan dan dugaan.
Banyak pengalaman dan ilmu yang kami dapat daripada trip ini dan kami akan mendalami lagi mengenai teknik Slowpitch jigging.
|
Kerapu saiz hidangan ini memang banyak kami dapat. Yang tong gas taknak bukak mulut |
|
pemandangan Pulau Jarak |
|
Perjalanan ke spot pertama mengambil masa satu jam, sempat la kalau nak lelap |
|
Pijoy dengan ikan kerisi, Jig shimano 250g |
|
Hatta dengan kerapu , 4kg |
|
Parman dengan ikan buntal yang comel. |
|
Sotong mengabang pun ade. Ni la akibat bile jig melayang jauh. |
|
Tuah tekong dengan hasil ikan merah. Ikan ini menyambar jig apabila jig jatuh di tengah air |
Comments