Ujian lapangan Skid Jig Banting.

Text : Nazzim
Photo: Ong Boon Cheng


Musim monsoon  pada tahun ini terasa amat panjang. tangan ini menggigil ingin menarik ikan dengan teknik slow jigging walaupun faktor cuaca tidak begitu baik untuk turun kelaut. Lokasi pilihan kami bersama team Abu garcia daripada Pure Fishing Malaysia untuk menguji produk  terbaru Keluaranya ialah di perairan berdekatan ibu kota iaitu Banting Kampung Batu Laut. Saya bersama tekong Apeng, Bob, Ong Boon Ceng dan Kellend mempunyai misi penting menguji Kekili, rod dan Skid jig terbaru keluaran Abu Garcia.

Kampung Batu laut

Lokasi kampung batu laut ini di pilih kerana berpotensi untuk teknik slow jigging ini.  Antara ikan target kami ialah jenahak dan kerapu. Tetapi pada hari tersebut tekong Apeng memberitahu kami ikan- ikan pelagik seperti GT, Sagai dan tenggiri banyak memasuki perairan banting ini. Lokasi padang pancing kami tidak jauh daripada darat dan ia menjimatkan masa kami untuk berjigging lebih lama.

Tiba di spot pertama, Bob mendahului tangkapan dengan hasil jenahak anggaran tiga kilo menggunakan Papang 200g. Tidak beberapa lama kami berhanyut, Saya pula mendapat sambaran kedua dengan menggunakan Skid Jig 250g di padankan dengan rod Abu Garcia KRX p.e 2.5 dan kekili Abu Garcia LJ3 membuatkan ikan jenahak anggaran dua kilo ini menyerah kalah.

Sedang kami berdua bergasak di belakang bot, Boon Cheng dan Kellend mendapat sambaran bertubi-tubi tetapi ikan tidak mengena mata kail. Tekong Apeng menyarankan kami membuat kurauan laju. Apabila Ong menukar teknik slow jigging kepada fast jigging, tiba-tiba strike daripada dasar sangat padu. Bermain di fikaran kami semua mesti strike daripada GT kerbau. Tidak beberapa minit, kelihatan ikan sagai saiz bagak naik permukaan air. ini diikuti pula oleh Kellend memperolehi ikan sagai dan saiznye lebih besar dalam anggaran sembilan kilo. Kedua dua ikan ini terperdaya dengan lengokkan skid Jig yang mempunyai aksi yang lebih realistik menyerupai sotong apabila turun ke dasar.

Keputusan pada hari tersebut memang sangat memeranjatkan. Kali pertama jig besi keluaran Abu Garcia ini berenang di perairan banting ini betul-betul menjadi. Jumlah keseluruhan hasil tangkapan kami ialah sebanyak 12 ekor. Itu belum dicampur dengan hasil ikan GT yang kami lepaskan semula ke laut. memang betul-betul pecah tong!.


Jig killer di sini. Warna ini memeang betul-betul menjadi

Jenahak pertama oleh Bob








Telan habis.

Bob menggunakan skid jig 200g

Double strike!


Antara produk terbaru keluaran Abu Garcia


Comments