Teks: Mohamad Fazrul Abdul Majid
Foto: Fazrul & Paez
Peacock Bass (PB) atau ikan raja memang agak terkenal sebagai antara ikan sukan yang sering dijadikan buruan kaki casting Malaysia. Biarpun ia dilabel sebagai status ikan pendatang, ia masih lagi dianggap sebagai spesies yang mempunyai nilai ‘fight’ yang tinggi sekaligus menjadikannya antara ikan trofi bagi sesetengah caster.
Bertempat di Clearwater Santuary Golf Resort, Batu Gajah Perak telah berlangsungnya Battle of PB 2016 yang berlangsung meriah pada tanggal 17 April yang lalu. Pertandingan yang julung kali diadakan secara besar-besaran ini telah disertai lebih 40 caster dari serata Malaysia dengan satu matlamat yang sama, iaitu menjadi King of PB 2016.
Pertandingan anjuran individu perseorangan ini diadakan dengan objektif untuk mengumpulkan kaki-kaki pancing serata Malaysia di dalam satu acara santai. Menurut penganjur program Encik Ahmad Daniel Bin Zainal Ariffin, tujuan diadakan acara ini adalah bagi mengeratkan lagi hubungan persahabatan sesama kaki pancing yang datang dari pelbagai tempat dan kumpulan.
Terdapat 4 kategori utama yang dipertandingkan untuk acara kali ini iaitu kategori PB terpanjang, PB terkecil, PB terbanyak dan hadiah khas ikan selain PB. Di akhir pertandingan menyaksikan saudara Syed Firdaus dinobatkan sebagai King of PB yang menaikkan ikan PB terpanjang dengan saiz 42cm sekaligus menewaskan 36 tangkapan lain yang didaratkan pada hari itu.
Bagi kategori PB terkecil pula, ia telah dimenangi oleh saudara Ahmad Naim yang mendaratkan PB bersaiz 15cm, manakala untuk kategori PB terbanyak pula disandang saudara Amir Azizi yang menaikkan sebanyak 5 ekor PB. Tuah pula ternyata berpihak kepada saudara Pett Fithry yang tanpa disangka berjaya menaikkan seekor ikan kaloi di minit-minit akhir pertandingan sekali gus muncul sebagai pemenang kategori khas ikan selain PB.
Biarpun acara ini julung kali diadakan, namun ternyata ia berlangsung dengan begitu lancar tanpa ada sebarang cacat celanya. Syabas diucapkan kepada penganjur yang berani menganjurkan pertandingan seumpama ini dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih juga buat para penaja hadiah untuk acara kali ini iaitu Senses, saudara Syed Makhzan, Freddy Alwis, Roy Procaster dan Daniel yang sudi menaja hadiah untuk para pemenang.
Tak lupa juga buat tetamu jemputan Tok Wan Iron Lure yang sudi datang dari Kedah semata-mata memeriahkan lagi acara Battle of PB 2016. Akhir kata, semoga bertemu lagi di acara yang akan datang. Salam strike!

Barisan peserta yang turut serta dalam Battle of PB 2016. |
Juri mengukur PB yang dinaikkan. |
Geng Procaster Fishing Club turut memeriahkan acara kali ini. |
Satu-satunya PB yang diperdaya dengan hard lure. |
Seawal jam 8 pagi peserta sudah mula memenuhi spot pilihan mereka. |
Rare! Satu-satunya kaloi yang dinaikkan dengan menggunakan spin fly! |
Orang kuat, penaja dan tetamu jemputan yang menjayakan Battle of PB 2016. |
Comments