|
Pemanggil Resort |
Teks & Photo: Jim
Ketika kunjungan saya ke perairan pulau pemanggil baru-baru ini, saya bersama-sama team Monster Hunter memulakan perjalanan seawal empat pagi dari Kuala Lumpur menuju ke jeti Mersing. Setibanya kami sampai di pekan Mersing, sempat juga kami berehat dan menjamah makanan di restoran berdekatan untuk mengalas perut dan terus bertolak menaiki bot ke destinasi.
Banyak cerita misteri yang saya dengar daripada mulut-mulut pemancing disini mengenai pulau pemanggil ini. Bagi saya, sejarah pulau Pemanggil amat unik dan istimewa untuk tatapan pemancing yang berkeinginan untuk menduga lubuk-lubuk batu karang disini.
Pakej yang ditawarkan oleh Pemanggil resort ini amat berpatutan. Memancing dan menginap di resort termasuk makan dan minum serendah RM 450 seorang untuk pakej 3 hari 2 malam memang berbaloi. Setibanya kami sampai di jeti Mersing, kami menaiki bot yang disediakan terus sahaja menuju ke pulau pemanggil. Perjalanan menaiki bot mengambil masa sekitar empat jam. Peluang ini diambil oleh kami melelapkan mata di atas bot setelah penat memandu.
Perasaan saya terpegun apabila setibanya kami di jeti pulau dengan keindahan dan kehidupan aquanya yang jelas nampak sampai kedasar laut. Pada malam hari, Kami semua menyiapkan peralatan memancing untuk keesokan harinya. Teknik light jigging dan pancingan dasar amat sesuai dipraktikan disini. Jig seberat 40gram hingga 60 gram di sarankan kerana kedalaman air di sekitar pulau diantara 20-30 meter.
Misi Bermula
Perjalanan ke spot pertama kami hanya disekitar pulau sahaja, ini disebabkan keadaan cuaca dan angin yang kuat tidak mengizinkan kami bergerak lebih jauh keluar daripada kawasan pulau. Kelihatan bot-bot nelayan dan pemancing luar pun mengambil langkah berjaga-jaga berlindung daripada ombak kuat dan anggin kencang di sekitar pulau. Di sini, rod yang kami gunakan adalah dalam lingkungan antara PE 1 hingga PE 3 disesuaikan dengan jig seberat 40 hingga 60 gram.
Saya menggunakan Rod Abu Garcia KR-X LightJigging p.e 1.5 dipadankan dengan kekili Abu Garcia Salty Stage LJ3 tajaan daripada Pure Fishing Malaysia. Padanan rod dan reel yang ringan, saya dapat merasa getuan ikan kecil dan amat selesa berjigging seharian.
Pada sebelah pagi sesi memancing, ikan karang seperti kerapu banyak mendominasi tangkapan pada trip ini. Pada sebelah petang pula, ikan-ikan seperti ebek, ebek bulat dan gerong belang banyak bermain di kawasan pulau. Target kami untuk trip ini ialah spesis ikan ketarap yang banyak menghuni di kawasan sekitar pulau. Tidak mengecewakan apabila Abang Din yang masih baru dalam teknik jigging memecah kebuntuan kami mendapatkan strike padu daripada sang ketarap. dan di ikuti oleh firdaus dan Gusti mendapat strike kerapu bara saiz hidang.
Pengalaman yang dikongsi untuk trip ini oleh Johari Jamil atau lebih mesra dipanggil Abang Jo daripada majalah Rod n Line pada kami semua sedikit sebanyak dapat membantu mengenali dan mempraktikan teknik light jigging yang betul dan efektif di kawasan pulau Pemanggil ini. Boleh dikatakan trip kami ini success dengan hasil ikan yang lumayan serta perancangan yang licin.
Jelaslah, perairan Pulau Pemanggil ini masih kaya dengan khazanah lautnya dan yang lebih menarik lagi pelbagai aplikasi teknik memancing boleh digunakan di sini. Sudah pasti saya akan kembali lagi ke sini.
|
Jeti pulau pemanggil |
|
Bot yang disediakan amat selesa dan luas |
|
Pulau pemanggil dengan cerita misterinya |
|
sesi mencandat sotong |
|
Tambahan bulu Hijau pada Assist Hook |
|
Abang Din dengan trofi ikan ketarap |
|
Cikgu kami pada trip ini. Johari Jamil |
|
Saya menggunakan Rod Abu Garcia KR-X LightJigging p.e 1.5 dipadankan
dengan kekili Abu Garcia Salty Stage LJ3 tajaan daripada Pure Fishing
Malaysia. Padanan rod dan reel yang ringan, saya dapat merasa getuan
ikan kecil dan amat selesa berjigging seharian. |
|
SS KR-X LightJigging SXLC-632-80-KR. Panjang 6’3″. Berat 137g | |
|
Ikan kerapu terbesar pada trip ini. |
|
Johari Jamil bersama trofi kerapu menggunakan rod terbaru keluaran Expert Graphite Independence. |
|
Johari Jamil bersama ikan gerong belang |
|
sotong mengabang hanya di sekitar pulau |
|
Rod Expert Graphite Black Stone p.e 2 di padankan dengan reel Omoto Talos. |
|
Kerapu bara oleh firdaus menggunakan jig ima gunpeki 60g |
|
|
|
Resort yang luas dan selesa |
|
Apa yang menarik, sekolah ini mempunyai lima orang murid dan lima orang guru. |
|
Kawasan pulau yang mendamaikan |
Comments