SANTAI ACARA PENUTUP MCT LAKE TOUR PB CHALLANGE 2016

Mini Amazon kg. Beng Tasik Cenderoh , Perak
26-28 ogos

Siri kejohanan Malaysia Casting Tournament atau (MCT) membuat satu kelainan apabila setiap tahun acara ini mengutamakan spesis sebarau dan toman sebagai spesis target beralih ke ikan Peacock Bass atau ikan raja bagi nama tempatan sebagai spesis ikan target yang banyak mendiami disekitar tasik cenderoh perak. Penyertaan para peserta dari seluruh negeri amat menggalakkan. Ianya menjadi pengalaman baru kepada para caster untuk menawan spesisi ini yang terkenal dengan sifatnya yang ganas.

Kampung Beng dipilih menjadi lokasi acara MCT ini ialah kerana terkenal dengan spesis ikan PB ini dan keunikan masyarakat kampungnya yang masih mengamalkan cara hidup kampung dan mesra kepada pengunjung yang bertandang ke sini.

Apa yang menariknya peserta MCT menginap di rumah penduduk kampung ini untuk merasai sendiri pengalaman cara hidup di kampung Beng. 

Seperti tahun-tahun sebelumnya, acara MCT ini tidak menawarkan hadiah Wang tunai kepada para pemenang. Hadiah berupa barangan memancing tajaan daripada produk dari dalam dan luar negara menjadi penyeri pertandingan. Ape yg penting, keakraban peserta pertandingan daripada pelbagai latar belakang amatlah diutamakan.

Dengan penganjuran MCT ini, dapatlah penduduk kampung di sini menjana ekonomi setempat dan menjadikan kampung Beng sebagai salah sebuah produk pelancongan memancing negeri perak yang harus di lawati.


Sesi bergambar majlis penutup untuk  MCT 2016
Trofi kejohanan MCT 2016

Ape yang menariknye, Acara MCT ini di bantu oleh penduduk kg Beng. Macam kenduri!

saya tidak melepaskan peluang apabila kami disajikan dengan rendang rusa . Mantap!!

Landskap yang menarik di sini.

Jovin dan kanicen selaku penaja acara MCT ini sempat bermain sepak takraw.

Para peserta tinggal di rumah- rumah orang kampung dan pada masa yang sama dapat belajar budaya masyarakat disini

Sempat mengait rambutan yang banyak terdapat di kg ini

gaya seorang pemancing oleh shin tidak dapat dipisahkan

Melawat kawasan

Sempat melepaskan gian casting

Seperti berada di Papua

Salah satu kem dan chalet untuk para peserta

Tetamu Vip yang hadir untuk acara penutup


Ujang sempat memberikan penerangan mengenai acara MCT yang di adakan setiap tahun

Ucapan daripada adun kawasan dan beliau bersetuju menyumbangkan rm50k untuk acara MCT tahun depan.

Para pemenang




mee udang kg Beng


Comments