PRODUK PILIHAN
Pertanyaan produk: FB: Fishmax Tackle Shop.Klang
Light jigging, satu kaedah moden yang begitu dekat di hati kaki pancing laut di Malaysia. Dengan jig purata dari 20 hingga 60 gram, kaedah ini amat digemari bagi mereka yang mahu mencari spesies ikan di pertengahan dan di dasar menggunakan unjunan kepingan jig.
Sekarang, (mulai bulan Mac hingga Oktober), iaitu selepas tamatnya musim tengkujuh adalah waktu yang sesuai untuk light jigging. Tidak hairanlah, kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung, Sabah mahupun Sarawak ketika ini, kembali menjadi tumpuan dengan tempahan bot asyik penuh sahaja setiap minggu.
Untuk itu, anda pastinya memerlukan beberapa peralatan yang sesuai seperti di bawah bagi melengkapkan lagi trip light jigging yang dirancang.
|
Jig Ima, antara jig favourite dan sepatutnya memang ada dalam kotak pancing kaki light jigging. Keberkesanannya juga telah lama terbukti. Terdapat banyak skim warna yang anda pilih.
Berat: 12, 20, 30, 40, 50 & 60 gram. |
|
Selepas popular dengan jig berat, Maxel turut mengeluarkan jig bersaiz ringan. Masih baru dan mungkin anda patut mencubanya.
Berat: 12, 20, 40 & 60 gram. |
|
Coltsniper, antara jig ringan Shimano yang boleh anda cuba untuk menjerat spesies ebek, kerapu dan pelbagai spesies lain.
Berat: 28, 42 & 60 gram. |
|
Jig ringan terbaru daripada Shimano. Diperbuat daripada tungsten membolehkan jig padu ini cepat jatuh ke dasar.
Berat: 24 & 32 gram. |
|
Kekili
Kekili Shimano Twin Power C3000 model terbaru ini sememangnya cukup gah untuk light jigging bagi kategori spinning di Malaysia. Kayuhan yang lancar dan ‘soft’ serta drag yang cukup kuat menjadi antara sebab mengapa ia kerap menjadi idaman ligt jigger. Pun begitu, dalam pancingan ini tidak kisah jenama kekili yang ingin gunakan. Asalkan anda selesa dan paling penting tidak membebankan poket anda. |
|
Kevlar
Banyak jenis kevlar dijual di pasaran. Ada yang ekonomi dan juga mahal. Terpulang pada kemampuan anda. |
|
Rod.
Terdapat pelbagai jenis rod untuk setup light jigging. Baik dari harga ekonomi atau mahal, ada di jual di pasaran. Rod Poseidon ini misalnya, antara rod yang baik untuk aplikasi light jigging. |
|
Mata kail
Terdapat pelbagai jenis mata kail di pasaran. Owner Cultiva, antara jenis mata kail yang ramai gunakan. |
|
Tali perambut
Sebaiknya, pilihlah tali jenis fluorocarbon yang mampu menyerap tekanan dan tahan lebih lama bila bergesel dengan batu karang. |
|
Tali utama
Tali sulam biasa atau warna? Kedua-duanya boleh digunakan untuk dipadankan ke dalam kekili anda. |
Comments