Pelian Banjaran Crocker

Teks & Foto : Nazzim Kamsaim


Saya bersama ikan pelian sabah yang begitu mesra, menggunakan spoon 5g dan setup rod daripada Expert Graphite Aristo 4-10lb

Perjalanan kami  ke Kota kinabalu Sabah hanya dengan satu harapan yang menggunung, ingin menawan spesis ikan sungai pergunungan iaitu ikan Pelian atau Golden Mahseer.Kami bersama guide kami Daniel penduduk asal di Kundasang  memulakan perjalanan dengan menaiki van menuju ke lokasi pancingan yang terletak sejam perjalanan daripada pekan keningau.

Merentasi banjaran Croker Keningau, banjaran ini adalah yang tertinggi dan terbesar di Malaysia di mana ia meliputi kawasan gunung - ganang terdiri daripada gunung Kinabalu dan gunung Tambuyukon. Di sinilah terletaknya Taman Negara Crocker yang menyebabkan penduduk di sini memilih kereta pacuan empat roda 4x4 sebagai kenderaan utama.

Sistem tagal sungai

Setiap kampung di sini mengamalkan sistem Tagal sungai. Usaha menagal sungai yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia ini dapat membantu memelihara sungai agar tidak tercemar dan spesis ikan tempatan ini tidak akan pupus untuk demi generasi akan datang. 
Setiap tagal ini mengenakan bayaran untuk aktiviti memancing serendah rm15 hingga rm50 mengikut kawasan Tagal. Bayaran yang dikenakan oleh ahli jawatan kuasa tagal ini bukanlah berunsur keuntungan. Wang ini akan digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan sungai dan kos membeli makanan ikan disini.

Selalunya pemancing yang bertandang di sini memilih teknik fly fishing untuk menduga pelian. Dari pada buku pendaftaran memancing, rata-rata pengunjung  yang bertandang ke sini berasal daripada seluruh dunia seperti singapore, Indonesia, Australia dan banyak lagi memilih sabah sebagai destinasi pilihan .

Sungai Sinagang

Pada hari pertama, kami memilih tagal kampung sinagang untuk menduga spesis pelian dan sebarau monster. Tetapi apakan daya hujan pada malam hari sebelumnya menyebabkan keadaan air sungai menjadi keruh seperti teh tarik menyebabkan hasil tangkapan kurang.
Berlainan pula bagi kami. Kami memilih teknik mengilat untuk menduga ikan pelian disini.  Setelah tiga jam penat meranduk sungai, Guide kami Daniel menerima sambaran rakus sang sebarau anggaran sekilo lebih menggunakan gewang permukaan popper Rasengan . Diikuti oleh Ralf dengan popper storm chug bug. Disebabkan ikan pelian di sini memang gemar kepada spoon dan spinner bait,  kami tidak dapat langsung menggunakanya kerana keadaan air yang agak keroh.

Sungai Apin - Apin

Jam menunjukkan pukul 12 tengahari, Maklumat daripada penduduk kampung Apin-apin air sungai di sana masih jernih. lantas, kami berempat membuat keputusan beralih ke tagal  kedua iaitu sungai Apin-apin. Mengambil masa sejam perjalanan dengan berlatar belakang kan keindahan gunung- ganang dan suasana nyaman membuatkan hati saya terharu dengan ciptaan yang maha Esa.

Setibanya kami di sini, saya disambut ramah oleh penduduk disini yang rata-ratanya beragama kristian. Tidak hairanlah penduduk kampung di sini rata-ratanya membela anjing sebagai haiwan perliharaan. Kami tidak begitu selesa kerana di salak oleh anjing-anjing yang garang ini. Tetapi saya gagahkan hati ini melawan perasaan takut.

pengorbanan kami berbaloi apabila kami melihat sendiri ratusan ikan pelian bermain- main dia atas air menunggu pengunjung yang datang memberi makan. "Wah! ini sudah baik". tidak menunggu lama tindakan refleks tangan ini melontar spoon  5gram ke kawanan ikan tersebut dan di sambut ikan pelian berskala kecil sekitar 400gram dengan padanan rod expert graphite aristo 4-10lb.  Disusuli oleh Pachai mendapat strike padu larian sang pelian membelah arus berskala sekilo lebih dipadankan dengan rod ganko berkekuatan 4-10lb. Perasaan puas menusuk di dalam hati kami apabila perjalanan jauh kami dibayar walaupun bersaiz kecil.

Setelah tiga jam perjalanan meranduk sungai merentasi hutan Borneo ini, kebanyakan hasil tangkapan kami bersaiz kecil sekitar 400g hingga sekilogram. Memilih tarikh yang sesuai adalah keputusan yang terbaik untuk menduga spesis ini kerana tagal sungai disini ada musim menuainya yang diadakan setiap dua tahun sekali. Setelah ikan ini di sukat saiz dan dipilih, hasil ikan daripada tagal ini akan diberi samarata kepada seluruh penduduk kampung berkenaan. misi kami berakhir pada pukul 5 petang  apabila langit bertukar gelap kerana keadaan putaran masa disini lebih awal daripada semenanjung.

Sungai Meliau

Setelah kami berbincang bersama guide kami , Pada keesokan harinya, seawal jam 6 pagi kami menuju ke  kampung Meliau dua jam perjalanan daripada hotel kami menginap dimana maklumat daripada pengurusi Tagal disana jarang -jarang kunjungi oleh pemancing.  Tagal sungai disini diantara yang paling mahal iaitu sebanyak rm50 seorang. Tak hairanlah jumlah ikan di sini masih banyak. Keadaan air yang agak jernih menaikan semangat kami memburu sang pelian disini.
Tidak menunggu lama, balingan pertama saya di sambut oleh sang pelian ini diikuti oleh pachai dan Ralf.  Wow! triple strike ! ini satu petanda baik . walaupun saiz nya tidak sebesar mana sekitar 500gram ,tetapi tarikanya betul-betul menguji kami  lantas kami gagahkan diri ini meranduk sungai meliau yang airnya  deras dan sejuk hingga ke hulu. Ikan di sini lebih sensitif apabila melihat kelibat kami. Balingan demi balingan sesudu bersaiz 5gram hingga 6gram di celah-celah batu disambut rakus sang pelianbersaiz 300gram hingga 700gram . Mungkin keadaan sungainya yang agak cetek dan tidak berlubuk menjadikan sungai ini sebagai taska anak -anak ikan pelian.

Daripada pemerhatian saya, Ikan pelian di sungai Meliau ini lebih cantik dengan sisiknya nya bewarna keemasan dan lebih gemuk daripada sungai yang lain. Ia menandakan sungai ini masih tidak tercemar. Setelah empat jam penat meredah sungai kami semua berpuas hati dengan hasil tangkapan kami.  Apa yang pasti, ekspedisi ini ialah permulaan episod bagi kami untuk meneroka sang pelian bersaiz monster di hutan borneo yang luas dimasa akan datang. Kami akan cuba lagi tahun depan.


Untuk pertanyaan guide:
Daniel: 018- 2870436




Bergambar di banjaran crooker.


 Pendaftaran bagi pemancing adalah wajib di sini untuk mengelakkan kecurian ikan.

 antara tugu di sini menunjukkan pertanian adalah menjadi sumber ekonomi penduduk di kundasan ini


Badong seberat 2 kilo ini menyambar balingan popper di celah-celah kayu tumbang.

 Kami tidak putus - putus melontar gewang di spot yang berpotensi .

Keadaan air sungai yang keroh, mengecewakan kami semua.

Lokasi yang sibuk dengan aktiviti mandi manda penduduk setempat menjadi habitat ikan ini di sabah. Antara ikan pelian terbesar trip kami seberat 1.5kg menggunakan spoon seberat 5g. memang mantap!



Ikan pelian sungai Meliau ini diantara ikan yang paling cantik dengan sisik keemasan.








Comments