Oleh: Nazzim
Pulau Kapas, Terengganu sekali lagi menjadi tumpuan kaki pancing dimana berlangsungnya Tenggiri Challenge 2017 pada 12 hingga 13 Mei anjuran Taufik Emas Sport Fishing (TESF) dan Ombak Kapas Island Beach Resort dangan sokongan bersama Tourism Terengganu.
Acara yang julung kali diadakan ini mendapat sambutan luar jangkaan daripada peserta sehingga pihak penganjur terpaksa mengehadkan jumlah penyertaan. Seramai 55 peserta mengambil bahagian dan sebanyak 11 buah bot digunakan pada pertandingan ini yang bermula pada pukul tujuh pagi sehingga tiga petang.
Pembahagian tekong bot diundi secara adil oleh pihak urus setia kerana ada di kalangan tekong yang begitu mahir mengenai spot potensi ikan tenggiri ini. Spot ikan tenggiri ini ialah di sekitar unjam melepasi dua batu nautika dari perairan Pulau Kapas. Teknik pancingan light Jigging menjadi syarat utama pertandingan ini.
Rata-rata para pemancing sangat berpuas hati dengan hasil tangkapan ikan pada hari pertandingan tersebut di mana jumlah keseluruhan tangkapan sebanyak 23 ekor ikan tenggiri. Hadiah berupa barangan memancing beharga RM3000 untuk pemenang utama melayakkan saudara Khairul Azhar Ismail dari kumpulan (SKJP) memperolehi ikan terberat sekali gus menjuarai pertandingan ini.
Harapan saudara Taufik Samsuddin sebagai pihak penganjur ialah ingin memperkenalkan pertandingan ini sebagaimana acara mencandat sotong yang begitu sinonim di sini dan tersenarai di dalam kalendar pelancongan Kerajaan Negeri Terengganu sebagai sebuah acara tahunan. Setinggi-tinggi penghargaan kami kepada Tourism Terengganu dan para penaja terutama sekali daripada pihak Expert Tackle Sdn Bhd penaja terbesar hadiah barangan memancing pada kali ini. Tidak lupa juga kepada para peserta pertandingan yang datang dari jauh bagi memeriahkan pertandingan ini.

Comments