Wilayah Persekutuan Putrajaya begitu sinonim dengan taburan tasik buatan yang Indah. Tidak hairanlah aktiviti memancing menjadi pilihan utama penduduk kota bertandang ke sini. Lokasi pilihan pancingan saya kali ini ialah di Wetland Putrajaya.
Di sini, pelbagai aktiviti rekreasi ada di sediakan. Pemancing boleh menyewa bot untuk memancing dan pakej memancing yang di kenakan tidak lah terlalu mahal. Bayaran bot fibre 12 kaki sebanyak RM 40 dan sebatang joran RM 20 untuk pancingan sehari.
Setelah perbincangan, kami menetapkan misi memancing baung dengan menggunakan teknik trolling. Tiga buah bot digunakan dalam misi ini, dan kami berpecah menuju spot berpotensi di sekitar tasik.
Setelah sejam menunda gewang, kami masih lagi "kumpau". Gewang selaman dalam di gunakan untuk "Korek" lubuk-lubuk berpotensi. Tergerak di hati kami ingin mencuba menunda di hujung pintu empangan tasik ini kerana dasar tasik dikawasan tersebut lebih dalam lingkungan enam meter. Kebiasaan Ikan baung ini gemar di kawasan air dalam dan berstuktur.
Tiba sahaja di spot kami bertiga terus mengambil posisi sesuai supaya gewang tidak terbelit antara satu sama lain. Tidak menunggu lama, saya mendapat sambaran pertama menggunakan Rapala Rattlin gold, di ikuti ijat menggunakan gewang selaman dalam K2. "Memang sah! ini la lubuk yg kami cari." Setelah beberapa kali menunda di kawasan sama, kami berjaya mendaratkan lapan ekor ikan Baung berskala sekilo hingga dua kilo. Jelas terpancar wajah kegembiraan di kalangan kami. Dalam kepala kami terbayang nak masak ape ikan ni masak lemak tempoyak ke asam pedas."
Trip setengah hari ini dianggap berjaya bagi kami kerana trolling bermula pukul 9 pagi hingga 1 petang hanya 4 jam memancing hasilnya lapan ekor baung, sungguh lumayan.
Ijat 'tuan tanah' wetland |
Gewang Tokkou K2 |
Telan habis Rapala Rattlin |
Baha menggunakan Halco scorer |
Tekong tersohor |
Rapala Fat Rap 5cm tidak mengecewakan (foul hooked) |
Comments