Teks & Photo: Melvyn
Chan
Darren dengan toman menggunakan SKIP 28. |
frog yang killer. |
Pilihan gewang
Kali ini kami juga dapat mencuba gewang jenama
baru FEED yang baru dibeli di pasaran. FEED mengeluarkan SKIP28 jump frog yang
panjangnya 9cm dan beratnya 28gram. Jump frog size macam ini memang susah
dijumpai di pasaran. Saiz jump frog seperti 4cm-6cm memang banyak boleh
didapati tetapi untuk memburu toman, kami lebih suka menggunakan jump frog
8-9cm.
Gewang untuk memburu toman memang banyak seperti sedalaman dalam, minnow, pencil, popper, buzz bait dan juga jump frog. Kami tidak ketinggalan dan semua gewang kami pun sedia ada. Kami lebih suka menggunakan jump frog kerana ia bertindak cepat dan boleh digunakan di banyak lokasi seperti kawasan rumput air atau tempat yang terdapat banyak pokok tumbang.
Jump frog
juga boleh dilontar sampai tebing dan cara ini lebih berkesan berbanding dengan
pencil kerana ia tidak mudah tersangkut dengan pokok atau ranting. Gewang
pencil lebih gemar dipakai pada tempat yang luas yang selalunya digelar highway
(tengah tasik) kerana tempat ini lebih kurang rumput air dan struktur pokok.
Skip28 jump frog ini panjang 9cm dan berat 28g.
Casting untuk jump frog ini boleh membuat balingan yang jauh dan senang untuk
dicast. Cara untuk memainkan jump frog ini adalah dengan kayuhan laju dan jump
frog ini juga akan mengeluarkan bunyi prup
prup prup dan inilah juga satu cara yang berkesan dan membuatkan toman ganas
untuk menghentam jump frog.
Tali utama kami gunakan TUF Line Indicator 30lb-40lb dan menggunakan Sunline Flourocarbon Leader FC100 40-50lb. |
Joran & Kekili
Untuk Joran, kami memilih 12-20lb minimum sebab sesetengah tempat terlalu
banyak pokok tumbang, ranting dan rumput air jadi kami memerlukan set yang heavy
untuk mengepam toman dari memecut ke dalam semak dan pokok tumbang. Saya dan rakan,
Meng menggunakan joran Major Craft MS-X series 12-25lb. Kami juga membawa joran
Major Craft Go-Emotion, 12-20lb, Dobyns Savvy series 12-20lb, Dobyns Coalition
Weapon 12-25lb, Evergreen Tactics “The Tempest” 10-20lb. Kekili pilihan kami
terdiri dari Daiwa Ryoga 1016, Daiwa Millionaire SW103, Shimano Antares HG, Shimano Calcutta Conquest
201, Shimano Scorpion DC7.
Lubuk Bujang
Tasik ini tidak kecil dan agak luas dan
terperinci ke dalam dan ia memerlukan kereta 4wd untuk sampai. Kira-kira 45
minit melalui jalan off road kami sampai ke destinasi. Apabila kami sudah sedia
dengan semua ikatan dan gewang, kami pun bertolak ke lubuk pertama. Brian orang
yang berdiri di depan bot adalah orang yang pertama membuat balingan dan
balingan kedua terus dihentam oleh toman dan kedengaran bunyi boom, boom…..
disambung dengan suara Brian, “Alamak tak kena”
Hujung suak yang begitu heaven. |
Brian ialah orang pertama yang mendapat sambaran dari
toman selepas empat kali bertukar lubuk dan empat kali toman menghentam
gewangnya tak lekat dan ada yang lucut. Kali ini toman yang dinaikkan oleh
Brian seberat 3kg dengan menggunakan Skip28 jump frog.
Selepas itu tiada sambaran lagi dan kami pun berpindah ke
lubuk lain. Kami juga mencuba gewang pencil tetapi tiada sambaran dan kami pun
menukar gewang ke Skip28 jump frog kerana apabila bot menuju ke dalam sungai,
kami perlu membalingkan jump frog ke tepi tebing dan mengaraunya balik seakan
katak yang lompat dari tebing kedalam air. Cara ini lebih berkesan dan kita
perlu rajin membuat balingan.
Brian ialah orang pertama yang mendapat sambaran dari
toman selepas empat kali bertukar lubuk dan empat kali toman menghentam
gewangnya tak lekat dan ada yang lucut. Kali ini toman yang dinaikkan oleh
Brian seberat 3kg dengan menggunakan Skip28 jump frog.
Ikan toman bunga sangat susah sekali untuk dijumpai
ketika ini. Selepas sesi gambar, ikan tersebut selamat dilepaskan kembali. Apa
yang mengagumkan bagi saya adalah kesungguhan ikan ini mengejar jump frog
walaupun miss beberapa kali.
Lubuk Anaconda
Selepas itu kami menuju ke lubuk lain dan agak
jauh dari tempat. Lubuk ini digelar Lubuk Anaconda kerana orang asli pernah
membawa bot melalui lubuk ini dan mereka pernah melihat anaconda yang besar
muncul di permukaan air semasa hari makin gelap. Dari jauh sebelum masuk ke
dalam, bot diperlahankan kerana lubuk sini terdapat paling banyak pokok dan
kayu di dalam air.
Sebaik tiba di lokasi yang ditujukan, saya
ternampak toman naik untuk mengambil udara dan terus saja saya membuat balingan
ke arahnya. Bedebumm!...Kedengaran kocakan air, tetapi tidak lekat. Meng, rakan
di sebelah terus melontarkan jump frog miliknya dan kali ini memang baik betul
rezekinya, terus sahaja strike!
Mata kail jump frog ini menggunakan mata kail yang kuat sekali kena susah nak lucut. |
Toman berjaya dinaikkan menggunakan buzzbait. |
|
Bila ada anak ikan toman, mesti ada mamanya. Kami pun
masing-masing membuat balingan dan tiba-tiba lontaran saya menerima strike yang
agak kasar dan bila saya sentap joran, saya sudah tahu toman ini bukan kecil. Saiznya
mesti lebih dari 3kg dan toman ini terus memecut kedalam air yang dipenuhi oleh
rumput air dan saya menggunakan joran Dobyns Coalition Weapon 12-25lb dan
kekili Daiwa Ryoga 1016 memang tiada masalah bagi saya untuk mengepam toman ini
naik ke permukaan. Selepas ditimbang beratnya 5.8kg.
CPR (Catch, Photo, Release)
Sebagai seorang pemancing, kita perlu mengamalkan
konsep CPR (Catch, Photo, Release)
untuk menjaga populasi ikan. Ingat, toman bukanlah ikan yang sedap dibuat hidangan. Saya percaya, mana-mana kaki casting pasti akan bertindak melepaskan semula ikan ini jika berjaya menangkapnya.
untuk menjaga populasi ikan. Ingat, toman bukanlah ikan yang sedap dibuat hidangan. Saya percaya, mana-mana kaki casting pasti akan bertindak melepaskan semula ikan ini jika berjaya menangkapnya.
Bayangkan jika semua ikan toman di tapau bawa
balik, apa lagi yang akan tinggal. Mana lagi, kepuasan aksi lawan tarik ikan
terkuat mahu dicari selain sebarau? Saya tidak dapat bayangkan, jika ikan toman
jalur pun di tapau bawa balik, dalam tempoh 5 tahun lagi semua set casting
pasti akan lebih banyak menjadi perhiasan dalam bilik.
Saya dan Meng double strike. |
Memancing terutamanya di spot air tawar ialah satu
hobi yang indah dan jika kita berfikiran untuk setiap trip pancing, kita nak
tapau ikan balik baik jangan pergi pancing. Untuk menjejak ke lubuk MAMATO
HEAVEN sila hubungi Tekong Badol 018-9673730/016-7306527
Comments